Banyak Sebab Kenapa Lebih Elok Tidak Tinggal Bersama Mentua Lepas Kahwin, Terpaksa ‘Berlakon’ 24 Jam
Pasangan pengantin baru selalu berada dalam dilema apabila ada ibu bapa yang mengajak untuk tinggal bersama sementara waktu. Ada juga yang telah menyediakan bilik khas untuk anak dan menantunya.
Bagaimanapun disebabkan anda tidak mahu kecewakan hati orang tua, anda terpaksa mengikut kehendak mereka. Sebenarnya banyak benda anda kena fikirkan kalau nak duduk rumah dengan mentua. Fikir masak-masak sebelum buat keputusan okay!
1. Tiada ruang privasi
Dah nama pengantin baru, anda mesti nak waktu berdua bersama si dia. Masa ini lah anda boleh kenal lebih mendalam tentang pasangan anda. Kalau duduk rumah mentua belum tentu lagi ye ada masa macam ini.
2. Kadangkala rasa tak selesa
Bayangkan keluarga mentua anda mempunyai ahli keluarga ramai. Setiap tempat ada sahaja sampai anda pun rasa tak selesa nak keluar bilik.
3. Bila bergaduh pasti ada campur tangan
Dah duduk rumah mentua, semua sahaja diperhatikan. Kalau anda tak bercakap sikit mula lah fikir anda dan si dia tengah bergaduh. Bertanya itu ini. Sehingga anda sendiri pun rimas.
4. Pakaian agak terbatas
Untuk perempuan kalau duduk rumah mentua anda kena jaga adab dan pakaian anda. Kalau si suami ada adik beradik lelaki ramai kenalah jaga perangai tu.
5. Tidak sihat pun kena berlakon sihat
Kalau duduk rumah mentua ni tangan kena ringan buat kerja. Kalau anda tak buat nanti ada sahaja yang berbisik. Sebab itu kalau tak sihat pun kena pandai berlakon macam anda sihat takut mereka salah sangka.
6. Tidak boleh nak dekor rumah sendiri
Anda tidak berpeluang untuk dekorasi rumah sendiri kalau tinggal bersama mentua. Impian anda nak dekorasi idaman akan terhenti.
Kredit foto (top image): Pexels
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link