Maskara Bawah RM30 Boleh Cari Di Drugstore, Bulu Mata Instant Lentik & Tebal!
Tanggapan bahawa produk jenama mewah dan mahal saja berkualiti dalam rutin solekan harian ternyata meleset.
Banyak pilihan jenama alat solekan dan maskara terutamanya dijual pada harga yang lebih berpatutan. Maskara antara benda wajib wanita gunakan setiap hari. Kalau dah pakai setiap hari, haruslah berjimat juga.
ARTIKEL BERKAITAN : Gigi Hadid Pun Guna Jenama Drugstore! Korang Mungkin Ada 5 Produk Ini – REMAJA
Ini REMAJA sempat senaraikan pilihan maskara yang murah dari harga bawah RM30 yang korang boleh terus cari di drugstore berhampiran korang!
SILKYGIRL Lash Prism Water Proof Mascara 01 – RM19.50 (jika tengah promosi korang boleh dapat murah dari ini)
- Maskara paling murah, senang tanggal dan memberi impak bulu mata lebat serta lentik. Antara maskara best-selling dari SilkyGirl.
RIMMEL Waterproof Mascara – RM23.90
- Maskara dengan formula kalis air yang terbaik! Ia mampu melebatkan bulu mata tanpa hasil yang comot.
ESSENCE I Love Extreme Volume Waterproof Mascara – RM15.00
- Sesuai untuk bulu mata Asia, maska ini memberi efek bulu mata lebih panjang, melebatkan serta melentik untuk jangka masa yang baik (sekurang-kurangnya 8 jam lebih baik atau lebih lama).
SILKYGIRL Big Eye Mascara Black – RM31.50
- Maskara Kalis Air dari SILKYGIRL ini mampu memanjangkan bulu mata sehingga 80% lebih panjang dengan tambahan 20% lilitan. Ia kalis air dan merupakan maskara filem yang boleh dicuci dan dibersihkan dengan berkesan menggunakan air suam.
WARDAH Eyexpert The Volume Expert Mascara – RM27.60
- Jenama WARDAH tak pernah kalah dalam mengeluarkan maskara. Koleksi maskara kali ini memberi litupan bulu mata menyeluruh untuk kesan lentik dan tahan lama. Ia membantu untuk memisahkan, menggulung dan menebal setiap helai dengan mudah untuk melengkapkan penampilan solekan mata korang tanpa bulu mata bergumpal.
IN2IT Lash Define Mascara with Fibre – RM 29.90
- ‘Lash Define’, sangat hitam, maskara super panjang, melebatkan memanjangkan dan melentikkan bulu mata. Benar-benar kalis air, dan tiada masalah ‘mata panda’. Maskara ini juga memanjangkan bulu mata dengan ketara, dengan menggunakan serat nilon mikro. Mudah digunakan, dan cepat kering, tetapi mesti ditanggalkan dengan penanggal maskara.
Satu sahaja nasihat penulis, korang yang kerap pakai maskara jangan malas mencuci solekan okay. Pastikan bersihkan bahagian mata sebelum tidur sebaiknya. Jangan sampai nak cantik boleh memberi risiko kesihatan mata pula ya.
ARTIKEL BERKAITAN : Gadis Ini Kongsi Step By Step Atasi Masalah Rambut Gugur Guna Produk Drugstore – REMAJA
BACA LAGI : 8 Bulan Lepas Lahirkan Anak, Gigi Hadid Kembali Dengan ‘Badan Model’! Rahsianya.. – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link