Hartanah

Berjaya Dalam Bidang Fesyen. Kenali Anak Perempuan Kate Moss, Lila Moss Yang Hidap Diabetis

Berjaya Dalam Bidang Fesyen. Kenali Anak Perempuan Kate Moss, Lila Moss Yang Hidap Diabetis

rumahkabin black

Lila Moss semakin mengikut jejak langkah ibunya, Kate Moss, untuk menjadi model. Anak kepada model ikonik yang berusia 20 tahun ini kini dibarisi sebagai duta jenama YSL.

ARTIKEL BERKAITAN : Anak Dara HEIDI KLUM Ikut Jejak Langkah 4 Anak Supermodel Lain

Model kelahiran Britain itu muncul dalam iklan barisan kecantikan YSL, YSL Beauty. Wajahnya akan menyerikan kempen beberapa produk ikonik seperti All Hours Foundation, Rouge Volupté Gincu, Lash Clash Mascara dan Rouge Volupté Candy Glaze Lip Gloss.

Berjaya Dalam Bidang Fesyen. Kenali Anak Perempuan Kate Moss, Lila Moss Yang Hidap Diabetis
Lila Moss mewarisi bakat dan kecantikkan ibunya, Kate Moss.

Seperti yang dipetik daripada Hypebae, YSL Beauty bekerjasama dengan Lila Moss sebagai duta jenama kerana sikapnya yang yakin. Dia juga dikreditkan dengan mempunyai deria fesyen yang unik yang merupakan manifestasi keperibadian gaya dalam generasinya.

Berjaya Dalam Bidang Fesyen. Kenali Anak Perempuan Kate Moss, Lila Moss Yang Hidap Diabetis
Lila bersama ibunya

Hidapi Diabetis

Diabetes tidak mengenal usia, disebalik kejayaannya Lila rupanya menderita dengan penyakit diabetis. Beliau mendedahkan keadaannya menerusi video Youtube Vogue In The Bag yang dipetik daripada laporan Dailymail.

Dalam segmen youtube tersebut, Lila berkongsi barangan yang ada dalam beg tangannya. Salah satunya, dia membawa tablet gula serta alat insulin untuk mengawal paras gula dalam darah bersamanya pada setiap masa.

“Saya rasa tidak ramai yang tahu bahawa saya menghidap diabetes. Ia tidak kelihatan dari luar, jadi tiada siapa yang benar-benar tahu.”

Untuk info, Lila Moss memulakan kerjaya sebagai model pada usia 14 tahun pada 2016, apabila dia dan Kate Moss bergambar bersama untuk majalah Vogue Italia.

Berjaya Dalam Bidang Fesyen. Kenali Anak Perempuan Kate Moss, Lila Moss Yang Hidap Diabetis

Selepas itu, kerjayanya mula berkembang pesat dalam dunia fesyen. Buat pertama kali, dia berjalan untuk koleksi Versace pada September 2021 di Minggu Fesyen Milan, menjadi model jenama Fendi, Marc Jacobs Beauty dan Ermanno Scervino. Malah, berjaya menjadi muka depan British Vogue.

See also  Muhammad Nazmi adili aksi Thailand bertemu Uzbekistan

Malah, tahun lepas, Lila menjadi tumpuan di Anugerah Fesyen 2022. Di mana, dia mencetus perhatian kerana dicalonkan anugerah ‘Model of the Year’, namun rezeki memihak kepada Bella Hadid.

BACA LAGI : 8 Bulan Lepas Lahirkan Anak, Gigi Hadid Kembali Dengan ‘Badan Model’! Rahsianya.. – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link