“Kau Buat Hal Memang Pandai Suruh Orang Sabar” – Yakin Jika Bersabar Banyak Gajaran, Pandangan Bapa Ira Kazar Dikritik
Sedia maklum, nama pelakon veteran Kazar sejak kebelakangan ini sering kali menjadi perhatian dan ianya bermula setelah pengarah, Syamsul Yusof mengambil keputusan kahwin kali kedua bersama anak perempuannya, Ira Kazar di Thailand.
Kerana mewalikan perkahwinan mereka berdua, nama Kazar turut terpalit dengan isu kemelut rumah tangga Syamsul Yusof dan isteri pertama, Puteri Sarah.
Baru-baru ini, pelakon veteran mengakui bahawa Ramadan kali ini memberi banyak pengajaran untuk mendidik dirinya menjadi insan penyabar.
Malah, daripada video tersebut, Kazar turut memberitahu bahawa pada bulan Ramadan, seseorang itu perlu banyak bersabar serta percaya setiap kesabaran pasti akan ada ganjarannya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen masih tetap mempunyai rasa marah atas apa yang sudah dilakukan oleh keluarga pelakon tersebut terhadap rumah tangga Puteri Sarah.
Netizen kebanyakannya merasa Kazar tidak melalui detik-detik perit seperti yang dilalui oleh Puteri Sarah dan ada juga menuduh Kazar seakan-akan memberi izin anak perempuannya menjadi ‘orang ketiga’ dalam rumah tangga orang lain.
Sekadar info, Syamsul Yusof enggan menceraikan Puteri Sarah dan masih mahu berdamai tetapi aktres tersebut menolak sekeras-kerasnya serta yakin sudah tiada harapan untuk kekal sebagai pasangan suami isteri di masa hadapan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source