Shila Amzah Trauma, Dedah Jadi Mangsa Dera Emosi & Kewangan
Menerusi sesi live di TikTok, penyanyi Shila Amzah ada berkongsi memgenai kehidupannya bersama rakan-rakan dan anak tunggalnya.
Bagaimanapun, berita mengenai dakwaan perkahwinan kedua bapanya baru-baru ini lebih menjadi perhatian ramai apatah lagi wanita tersbeut didakwa merupakan bekas kawan baik Shila.
BACA: Ubai Nafi Bersekedudukan Dengan Shila Amzah
Sehingga kini, Shila masih berdiam diri mengenai isu tersebut. Namun, menerusi sesi live Shila membuat pendedahan mengejutkan ramai.
Menurut Shila, dia adalah mangsa penderaan dari segi fizikal, emosi dan kewangan. Malah, Shila mengakui mengalami trauma sehingga ke hari ini.
“Sha adalah mangsa penderaan, mangsa dera emosi, dera fizikal, dera financial, semua. Jadi nama-nama yang korang selalu sebutkan itu menyumbang 50 peratus daripada trauma yang Sha kena hadap sampai hari ini. Merangkumi semua, boyfriend, suami, family,” katanya.
Namun, Shila berkata dia enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana bimbang akan membuka aib mana-mana pihak serta tidak mahu menjadi perkara besar.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source