Tiada arahan untuk Sivakumar bercuti – Loke
PUTRAJAYA – Tiada arahan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk ‘cutikan’ Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar.
Itu jelas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke susulan perkembangan terkini siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Sivakumar berhubung kes kelulusan pekerja asing.
Loke berkata, kerajaan sedang memantau rapi perkembangan kes tersebut.
“Setakat ini tidak ada arahan daripada Perdana Menteri untuk Sivakumar mengambil cuti.
“Yang pertamanya beliau (Sivakumar) bukan suspek kes ini, beliau beri kerjasama sebagai menteri. Kita masih pantau perkembangan terbabit buat masa ini,” katanya menerusi sidang akhbar di sini hari ini.
Sebelum ini, Sivakumar yang juga Timbalan Setiausaha Agung DAP dilapor hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada Ahad bagi merekodkan kenyataan berhubung kes berkenaan.
Difahamkan, Sivakumar didakwa telah menerima wang secara tunai oleh seorang ahli perniagaan yang juga ditahan SPRM bersama dua pegawai kanannya sebelum ini.
Terdahulu, media melaporkan SPRM menggeledah pejabat dan kediaman Sivakumar, dikatakan bagi melengkapkan siasatan kes yang sedang disiasat agensi berkenaan. -KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source