“Masa Tu Saya Masih Mengandung..” – Shermine Dakwa Mira Batalkan Pertunangan Sebab Dah ‘Bersama’ View Chin
Isteri kepada TikToker terkenal, View Chin iaitu Shermine Hau Ah Moi memaklumkan dia akan membuat laporan kepada pejabat berkuasa agama berhubung tindakan pekerja, Amirah Aqilah yang menjadi punca kemelut rumah tangga mereka.
Menerusi temu bual bersama Sin Chew Daily, Shermine berkata dia telah berbincang mengenai perkara ini dan akan menyerahkan sepenuhnya kepada peguam untuk tindakan lanjut.
Bukan itu sahaja, ibu kepada tiga cahaya mata itu turut memaklumkan dia tidak pernah mendapat sebarang permohonan maaf daripada Mira walaupun mengetahui dia mempunyai hubungan sulit bersama suaminya.
Dia langsung tidak menghubungi saya dan saya percaya dia sedang bersembunyi.
Dalam pada itu, Shermine menafikan dakwaan yang mengatakan Mira merupakan isteri orang dan telah berkahwin, sebaliknya dia hanya pernah bertunang.
Bagaimanapun, hubungan pertunangan itu tidak kekal lama dan terputus kerana dia telah menjalinkan hubungan dengan View Chin.
Mira belum kahwin, dia cuma bertunang. Kami sendiri yang datang ke majlis pertunangannya, masa itu saya sedang mengandung.
@jinalrzux5s Masa tu i masih mengandung? #ahmoiview #ahmoi #tiktokmalaysia #shermine #viewchin #malaysianinfluencer #teamviewchin #viewchintiktoklive #mira
Terdahulu, Shermine Hau-Ah Moi telah mendedahkan perbuatan curang suaminya dengan memuat naik beberapa bukti perbualan mesra antara View Chin dan Mira di aplikasi WhatsApp.
Susulan itu, kontroversi antara View Chin dan Mira mula tular di media sosial dan mendapat perhatian netizen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source