“Allah Benci Isteri Sebegini” – Syamsul Yusof Kongsi Video Ceramah Ustazah Asma
Umum mengetahui, kemelut rumah tangga pelakon Puteri Sarah dan suaminya, pengarah terkenal, Syamsul Yusof masih tiada kesudahan lagi.
Meskipun sebelum ini sudah mencapai persetujuan untuk berpisah,namun pada 18 April lalu Syamsul membatalkan untuk menceraikan isteri pertamanya itu.
BACA: Puteri Sarah Menyesal Kahwin Dengan Syamsul
Susulan itu, Puteri Sarah meluahkan rasa di media sosial, malah kesal kerana tidak merakam perbualan ketika berbincang dengan suaminya pada 9 April lalu.
Bagaimanapun, Syamsul tidak hanya berdiam diri serta meminta isteri pertamanya itu menerima takdir dia sudah berkahwin lagi satu dan tidak berdendam kerana ia akan memakan diri.
Selain itu, Syamsul ada juga memuat naik klip pendek ceramah Ustazah Asma yang menceritakan wanita yang tidak dipandang Allah SWT.
“Allah enggan memandang seorang isteri yang tidak berterima kasih kepada suami dan tidak memerlukan suaminya…ini ujian buat wanita yang berdikari…” kata Ustazah Asma.
Terdahulu, Puteri Sarah meluahkan rasa kesal berkahwin dengan suaminya, Syamsul Yusof serta tegas untuk meminta diceraikan.
Puteri Sarah berkata dia sudah penat dengan drama berpanjangan dan ‘memberikan’ kemenangan buat Syamsul. Katanya lagi, dia hanya mahu keluar dari perkahwinan toksik dan mahu meneruskan kehidupan bersama anak-anaknya.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js?v=next’);
window.fbAsyncInit = function() {
FB.init({
appId : ‘271636379888218’,
xfbml : true,
version : ‘v3.2’
});
FB.AppEvents.logPageView();
};
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, “script”, “facebook-jssdk”));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source