Memutihkan Gigi Dari Rumah, Beautifulnara Cuba Produk Kecantikan Gigi Yang Viral Di Pasaran!
“Malulah nak senyum buka mulut, gigi aku tak putih!”
Pernah terfikir nak buat rawatan pemutihan gigi? Bila tengok pada harga, kami rasa baik pendam saja hasrat tu kot.
Tapi sekarang kami tak bimbang lagi sebab kami dah jumpa solusi pada masalah ini dengan produk pemutih gigi daripada Colgate iaitu Ubat Gigi Pemutih Colgate Optic White O2 dan Pen Pemutih Gigi O2. Paling best, boleh lakukan dari rumah dan masa tidur. Seriuslah?!
Gigi Lebih Putih Mulai 3 Hari* Penggunaan
Bagi mereka yang suka minuman seperti teh dan kopi, mesti ada masalah pada gigi, di mana gigi kelihatan kekuningan akibat tindak balas kafein dengan enamel gigi.
Walaupun kerap gosok gigi tapi susah sangat nak hilang, puncanya sebab ubat gigi yang korang gunakan tidak ada tindak balas untuk selesaikan masalah ni.
Berbeza dengan Ubat Gigi Pemutih Colgate Optic White O2 ia menggunakan teknologi Pemutihan Oksigen Aktif yang mampu memutihkan gigi mulai 3 hari penggunaan* je.
Ubat gigi ni akan mengeluarkan berjuta-juta buih halus yang mengandungi oksigen aktif ketika memberus gigi. Lepas tu, buih-buih ni akan menyerap masuk pada enamel gigi dan bertindak memutihkan gigi dengan selamat dari dalam hingga luar permukaan gigi.
Colgate Optic White O2 ni juga selamat pada enamel. Bila menggosok gigi dan merasai sensasi kehangatan buih halus, korang tak perlu risau kerana itu maksudnya buih Oksigen Aktif sedang bertindak untuk memutihkan gigi korang!
Lepas ni, lagi triple confident nak senyum sepanjang hari!
Satu lagi yang kami suka tentang ubat gigi ni ialah bungkusannya yang nampak premium sangat dengan gabungan warna hitam merah. Betul-betul terasa macam produk kecantikan tapi yang ni khusus untuk gigi.
Step Up Kecantikan Oral dengan Pen Pemutih Gigi O2
Zaman sekarang ni, bukan muka je nak cantik, gigi pun sama penting tau. Lepas gosok gigi pastikan korang tambah satu lagi rutin dalam penjagaan kecantikan gigi anda dengan Pen Pemutih Gigi O2.
Seperti ubat gigi pemutih O2, Pen Pemutih Gigi O2 turut didatangkan dengan teknologi Pemutihan Oksigen Aktif yang inovatif bagi membantu memutihkan gigi semasa korang sedang tidur.
Korang hanya perlu sapukan berus pen ni pada gigi dan boleh tunggu hasilnya yang dapat mencerahkan gigi sehingga 3 tona lebih putih**. Ini memang wow!!
Cara penggunaan:
Langkah 1: Selepas gosok gigi, keringkan gigi dengan tisu.
Langkah 2: Klik belakang pen bagi mengeluarkan pati/cecair pen pemutih gigi.
Langkah 3: Berus secara rata pada setiap gigi dan di celah-celah gigi
Langkah 4: Tidur dan biarkan serum Pemutih Gigi O2 bekerja!
Kami sendiri dah try gabungan kedua-dua Ubat Gigi Pemutih Colgate Optic White O2 dan Pen Pemutih Gigi O2 dan kami memang love sangat dengan hasilnya yang berganda-ganda. Bahan pemutihnya yang berinovasi tinggi memberikan kesan pemutihan gigi yang selamat, korang sebagai pengguna pun tak perlu rasa risau.
SMILE OUT LOUD bersama Colgate Optic White O2!
Tiada lagi alasan untuk menyorokkan gigi disebalik topeng muka. SMILE OUT LOUD dan biarkan senyuman anda terpancar indah!
Korang boleh dapatkan ubat gigi pemutih Colgate Optic White O2 dan Pen Pergigian Colgate Optic White O2 Whitening di pasar raya utama atau platform membeli-belah dalam talian seperti Shopee, Lazada, Watsons dan Guardian.
*Apabila digunakan mengikut panduan, gigi akan putih 1 tona dalam 3 hari. Keputusan berbeza mengikut individu.
**3 tona lebih putih dalam 3 minggu. Berdasarkan kajian klinikal dengan penggunaan sekali sehari, berbanding memberus sahaja. Keputusan berbeza mengikut individu.
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “//connect.facebook.net/en_GB/all.js#xfbml=1&appId=273189502776521”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source