Suami Kongsi Hal ‘Dalam Kelambu’ Dengan Kawan Perempuan, Siap Bincang Kenapa Isteri Belum Hamil
Kehadiran orang ketiga atau campur tangan orang ketiga merupakan antara punca utama keruntuhan rumah tangga zaman sekarang.
Apabila sebut sahaja tentang orang ketiga, pasti ramai yang menyangka tentang ‘penyondol’ atau ‘perampas’ kebahagiaan suami isteri.
Namun, apa yang ramai tidak ketahui adalah orang ketiga ini juga boleh datang dari ahli keluarga mahupun rakan sendiri.
Begitulah yang dikongsikan oleh seorang wanita yang meluahkan rasa kesal terhadap suaminya kerana menormalisasikan perbualan lucah bersama rakan wanitanya.
Menurutnya, suaminya telah berkongsi mengenai hal di dalam kelambu mereka berdua selepas rakan wanitanya itu memperosalkan mengapa isterinya masih belum hamil.
Malah, apa yang lebih mengejutkan ialah rakan wanita suaminya itu juga berstatus isteri orang.
Sedar perkara itu salah, wanita itu cuba untuk menegur suaminya namun suaminya menganggap perbualan itu bukanlah satu masalah yang perlu dibimbangkan dan merupakan perkara ‘biasa’.
Meninjau ruangan balas di laman Twitter, rata-rata pengguna media sosial telah meluahkan rasa bimbang dengan kebebasan pergaulan antara lelaki dan wanita pada zaman kini.
Bukan itu sahaja, ramai yang berpendapat seseorang yang sudah berstatus suami atau isteri orang tidak sepatutnya mempunyai sifat yang terlalu terbuka kepada orang luar.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “//connect.facebook.net/en_GB/all.js#xfbml=1&appId=273189502776521”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source