Pemain Piano Malaysia, Cathryn Li tak sengaja tayang duit simpanan RM40 juta
PETALING JAYA – Pemain piano terkenal Malaysia, Cathryn Li, menjadi tumpuan di media sosial apabila dia secara tidak sengaja menunjukkan duit simpanan di dalam akaun bank miliknya lebih RM40 juta.
Cathryn yang pada awalnya hanya ingin berkongsi mengenai penolakan duit yang dialami sebanyak RM28, sebaliknya mengejutkan orang ramai dengan pendedahan tersebut.
Menerusi perkongsiannya di Instagram Story Cathryn, dia memuat naik satu tangkap layar penyata bank bagi menjelaskan potongan duit dipercayai dibuat tanpa kebenaran.
Bagaimanapun, tanpa disedari, Cathryn secara tidak sengaja telah mendedahkan sebahagian hartanya apabila dia tidak menutup ruang baki yang berjumlah RM40,360,535.25.
Difahamkan, tangkap layar tersebut telah diturunkan selepas ia tular di laman media sosial baru-baru ini.
Sehubungan itu, rata-rata ramai terkejut dan tidak menyangka dengan kekayaan dimiliki Cathryn meskipun dia baru berusia 33 tahun.
Cathryn yang dilahirkan di Malaysia turut dikenali sebagai seorang pelakon dan model terkenal mempunyai sebanyak 3 juta pengikut di Instagram. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source