PRN: Shaikh Hussein mahu perjuang 3 teras di DUN Sungai Dua
BUTTERWORTH: Calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Dua daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Shaikh Hussein Mydin akan menawarkan tiga teras utama sekiranya diberi mandat sebagai wakil rakyat di kawasan itu.
Menurut beliau, tawaran itu adalah mahu memfokuskan peningkatan taraf hidup dan tahap kebajikan rakyat, memperkasakan pendidikan di kawasan pinggir bandar serta mewujudkan lebih banyak projek perumahan mampu milik.
“Saya tak nak janji bulan bintang, namun saya janji tiga benda sahaja antaranya kebajikan masyarakat di sini, iaitu saya nak pastikan kebajikan golongan susah di setiap kampung terjaga, keterjaminan pendidikan anak-anak, serta merancakkan perumahan mampu milik di sini,” katanya ketika ditemui pada program ziarah di Kampung Setol Permatang Buloh, di sini hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang berkata, kebajikan masyarakat pula meliputi golongan ibu tunggal, warga emas serta golongan pesawah dan petani yang perlu diberi perhatian yang disifatkan terpinggir.
“Kita akan pastikan bantuan kebajikan itu akan sampai kepada mereka contohnya nak salurkan bantuan melalui kerajaan sama ada kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan seperti zakat umpamanya kerana sesetengah daripada mereka tidak tahu kewujudan bantuan ini.
“Jadi kita akan usahakan dengan mendapatkan maklumat yang datang dari kampung terus kepada kita selain mengadakan (hubungan dua hala) bersama pemimpin di kampung-kampung supaya kita boleh salurkan bantuan terus kepada mereka yang memerlukan yang sudah pun kita gerakkan lebih awal lagi,” katanya.
Dalam usaha keterjaminan pendidikan pula, Shaikh Hussein berkata pihaknya ingin menumpukan kepada pelajar tercicir dengan mempelbagaikan program kemahiran yang dilihat mampu menarik minat golongan itu dalam meningkatkan kemahiran diri.
“Baru-baru ini saya ada buat perjumpaan dengan beberapa pihak sekolah di sini dengan meminta mereka menyenaraikan pelajar yang tidak skor dalam peperiksaan untuk mengikuti program kemahiran seperti Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) selain ingin mewujudkan lebih banyak program yang melibatkan golongan belia,” katanya.
Sementara itu, beliau yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) berkata, pihaknya yakin dengan memperbanyakkan projek perumahan mampu milik melalui sistem sewa beli dilihat bakal memudahkan penduduk di kawasan Sungai Dua untuk memiliki rumah.
“Di sini kebanyakannya (kawasan) kampung dan 82 peratus adalah orang Melayu yang tinggal di kampung. Taman perumahan sikit saja berbanding Kepala Batas.
“Justeru, selepas ini jika kita dah jadi sebahagian daripada kerajaan negeri, mana-mana projek perumahan kerajaan negeri mahupun projek perumahan peringkat Persekutuan yang melalui PERDA mahupun melalui agensi lain, kita dah ada (laluan itu),” katanya. – UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source