Lebih sebulan hilang, mayat ditemui di cerun jalan bersama kereta
KUALA PILAH – Tukang pasang kabel yang dilaporkan hilang sejak Jun lalu akhirnya ditemui mayatnya di dalam cerun bahu jalan kilometer tujuh, Jalan Juasseh-Bahau, di sini, semalam.
Sebuah kenderaan dan pemandunya dipercayai Muhammad Aiman Danial Mohd Faizal, 19, ditemukan oleh orang awam yang kebetulan mahu mencari pucuk cemperai di lokasi kejadian.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani, kira-kira pukul 7.25 malam, pihaknya telah menerima panggilan telefon dari orang awam menyatakan terdapat satu kemalangan jalanraya di Jalan Terusan melibatkan sebuah kereta.
“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil bersama pemandunya di bahu jalan bercerun. Turut dijumpai ditempat kejadian adalah kad pengenalan dan lesen memandu mangsa.
“Hasil semakan kad pengenalan, mangsa dilaporkan hilang pada 6 Jun dimana ibu mangsa telah membuat satu laporan polis mengenai kehilangan anaknya yang menaiki sebuah kereta jenis Perodua Kancil berwarna kelabu berseorangan dan gagal dihubungi sehingga dijumpai semalam,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Ujar Amran lagi, akibat daripada kemalangan tersebut, mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian dan telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah bagi tujuan bedah siasat.
Sementara itu, orang awam yang ditemui di lokasi kejadian, Azman Hassan, 44, berkata, dia hanya mengetahui perkara tersebut melalui group setempat dalam aplikasi WhatsApp dan segera ke lokasi kejadian.
Menurutnya, lokasi tersebut merupakan kawasan kebun keluarganya dan kali terakhir dia ke lokasi tersebut untuk membersihkan kebun adalah pada petang 22 Jun lalu.
“Waktu itu saya tak ada bau apa-apa dan mungkin juga kerana saya tidak berada berdekatan dengan lokasi penemuan itu. Jadi bila ada maklumat, saya terus ke sini selepas Maghrib. Ibu kepada individu hilang juga telah melihat kereta ini dan mengesahkan kenderaan itu kenderaan yang di bawa semasa anaknya keluar,” jelasnya.
Terdahulu, tular di media sosial pada Jun lalu, seorang ibu telah membuat laporan polis menyatakan anaknya telah keluar rumah pada 6 Jun untuk ke Senawang menaiki kereta jenis Produa kancil secara berseorangan dan gagal dihubungi. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source