Nabil Ahmad Seronok Tengok Anak Pakai Tudung
Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad berkata dia tidak menyangka anak sulungnya, Naira Mikayla kini berusia 11 tahun menyatakan keinginan untuk tampil bertudung.
Memetik mStar Online, Nabil mengakui bimbang untuk berkongsikan perkara itu kerana bimbang jika anaknya diuji kembali tidak bertudung satu hari nanti namun tetap memberikan sokongan buat Mikayla.
BACA: Nabil Ahmad Geram Netizen Pertikai Kemenangan Bell Ngasri
“Pada mulanya masa dia minta pakai tudung, saya dan isteri terkejut sebab dia baru darjah lima. Saya tak pernah meminta dia memakai tudung… asalkan pakai apa yang dia selesa.
“Tapi Alhamdulillah saya gembira. Saya sebenarnya tiada niat berkongsi mengenai hal ini kerana saya sangat takut nanti bila Allah uji dia sekiranya ingin membuka semula tudung.
“Jadi saya biar sahaja… saya hanya memberi sokongan dan membelikan setiap warna tudung yang dia mahu,” katanya.
Dalam pada itu, Nabil sentiasa berdoa serta berharap agar anak perempuannya itu kekal istiqamah dalam menutup aurat serta tidak mengikut jejak langkahnya yang agak lambat dalam mendalami agama.
“Saya tidak mahu anak-anak ikut seperti bapa (merujuk kepada dirinya) mereka. Saya dulu tak baik, bapa mereka nakal. Belajar agama pun lambat. Dapat hidayah pun lambat.
“Jadi kalau boleh saya tidak mahu anak-anak saya melalui fasa buruk itu. Biar mereka melalui laluan yang betul. Apa yang boleh saya buat adalah berterusan mendoakan mereka untuk kekal istiqamah,” katanya.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js?v=next’);
window.fbAsyncInit = function() {
FB.init({
appId : ‘271636379888218’,
xfbml : true,
version : ‘v3.2’
});
FB.AppEvents.logPageView();
};
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, “script”, “facebook-jssdk”));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source