PN gembira jumlah undi Simpang Jeram naik
MUAR: Calon Perikatan Nasional (PN), Dr. Mohd. Mazri Yahya menerima kekalahannya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram dengan hati terbuka susulan pengumuman keputusan, semalam.
Beliau menyeru calon Pakatan Harapan (PH), Ir. Nazri Abdul Rahman yang menewaskannya menjalankan tugas dengan baik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram.
“Saya ingin mengucapkan tahniah dan selamat berkhidmat kepada Nazri dan PH kerana berjaya mempertahankan kerusi ini. Lakukanlah yang terbaik untuk kesejahteraan rakyat Simpang Jeram tanpa mengira perbezaan politik mahupun kaum,” katanya.
Semalam, Nazri diumumkan sebagai pemenang bagi DUN Simpang Jeram apabila meraih majoriti lebih besar iaitu 3,514 undi.
Ia setelah Nazri berjaya memperoleh 13,844 undi menewaskan Mohd. Mazri yang mendapat 10,330 undi manakala calon Bebas, S. Jeganathan hilang wang deposit apabila hanya memperoleh 311 undi.
Bagaimanapun, beliau tetap menghargai pengundi yang telah memilih PN terutama undi ahli UMNO yang mahukan perubahan.
“Walaupun kemenangan tidak berpihak kepada PN, masya-Allah saya sangat berpuas hati kerana berjaya meningkatkan jumlah undi PN berbanding keputusan pilihan raya yang lepas. Saya sangat percaya, keputusan hari ini adalah signal (isyarat) kuat bahawa hanya dengan perpaduan Melayu sajalah kita dapat memastikan negeri dan negara ini dapat ditadbir dengan baik,” katanya.
“Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua jentera PN Simpang Jeram, jentera Pas kawasan dan semua yang terlibat sepanjang tempoh berkempen dalam pilihan raya kali ini. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik semua,” katanya. – UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source