Subsidi bersasar: Guna MySejahtera?
KUALA LUMPUR: Pelbagai mekanisme untuk melaksanakan pemberian subsidi sedang diteliti oleh pasukan khas yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan bagi memastikan tiada kumpulan penerima yang layak tercicir.
Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong berkata, antara mekanisme yang sedang diteliti adalah menggunakan aplikasi MySejahtera seperti dicadangkan bagi memastikan pemberian subsidi dapat dilaksana tanpa berlakunya ketirisan.
“Mekanisme-mekanisme untuk melaksanakan subsidi secara bersasar ini sedang diperincikan termasuk seperti apa yang disebut tadi menggunakan aplikasi seperti MySejahtera dan sebagainya.
“Saya setuju dengan isu ketirisan dari segi subsidi kita, sebab itu Kerajaan Perpaduan mempunyai iltizam politik bukan sahaja dari segi perancangan tetapi telah pun melaksanakan langkah pertama.
“Bukan mudah untuk sesebuah kerajaan melaksanakan subsidi bersasar sebab yang tidak dapat akan marah, waima dia orang asing sekali pun tetap (juga) akan bising tetapi kerajaan telah menunjukkan iltizam pertama iaitu pelaksanaan subsidi bersasar,” katanya dalam persidangan di Dewan Negara, hari ini.
Terdahulu, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Arman Azha Abu Hanifah berkata, masalah utama dihadapi oleh negara adalah mengenai ketirisan iaitu dakwanya banyak subsidi ‘hilang’ kepada warga asing.
Sehubungan itu, Arman Azha mencadangkan kerajaan menggunakan aplikasi MySejahtera untuk dijadikan sebagai mekanisme untuk memberi subsidi kepada rakyat memandangkan sekitar 90 peratus masyarakat menggunakan aplikasi tersebut.
Steven Sim yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu berkata, dengan sokongan semua pihak kerajaan akan mengemaskini segala mekanisme untuk memastikan sumber kewangan negara dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia sepenuhnya terutama golongan memerlukan. – UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source