Sibuk kerja komuniti tak halang berjaya akademik
SABAK BERNAM – Biarpun agak terkejut namanya dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tan Sri Rozali pada konvokesyen Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) kali-17 di sini semalam, namun Nur Syazwin Mohamed Rizal, 22, tetap bersyukur kerana kerja keras yang diusahakannya selama ini membuahkan hasil.
Graduan Jabatan Pelancongan dan Hospital itu berkata, sepanjang pengajiannya di situ, dia sentiasa sibuk bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi turut terlibat dalam kerja-kerja komuniti dan kepimpinan.
“Bagi membolehkan saya membahagikan masa dalam akademik dan kepimpinan, saya terpaksa membuat pengurusan masa yang betul agar pembelajaran tidak terganggu, “ katanya yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif CGPA 3.74.
Katanya, kejayaan itu dihadiahkan kepada ibunya, Nur Sabrina Chua Abdullah, 55 dan bapanya, Mohamed Rizal Mohd. Tayab, 54, yang merupakan Ketua Penolong Pengarah (Pendidikan Masyarakat) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Saya akan menyambung pelajaran dalam bidang Sarjana Muda Teknologi Keselamatan dan Kualiti Makanan di Universiti Kuala Lumpur-MICET, Melaka pada minggu depan,” katanya yang menerima piala pusingan, sijil dan wang tunai RM3,000 tajaan Puncak Niaga Holding Berhad.
Sementara itu, Pengarah PSIS, Mohamad Yusof Sulaiman menegaskan, sebanyak 98 peratus lepasan pelajar PSIS tahun lalu telah berjaya mendapat pekerjaan.
“Ini satu angka yang membanggakan dengan PSIS sentiasa memastikan kualiti program pengajian ditawarkan kekal berada di tahap yang tinggi bersesuaian keperluan masa kini,” katanya.
Dalam pada itu, rakan Nur Syazwin yang menghitung hari untuk bersalin tetap bersemangat hadir menerima diploma pada konvokesyen tersebut.
Nurul Aliza Rosli, 22, berkata, dia sangat teruja selepas berhempas pulas selama tiga tahun menuntut dalam pengajian Diploma Perkhidmatan Amalan Makanan Halal.
Anak sulung daripada empat beradik itu bagaimanapun mengakui, ibu bapa dan suaminya, Mohd. Saiful Azlisyam Rosli, 23, risau sekiranya terjadi apa-apa pada kandungan itu.
“Ini merupakan anak pertama dan setiap hari saya berkomunikasi dengannya agar membenarkan ibu (panggilan diri sendiri) sempat mengambil skrol di atas pentas.
“Saya pun bimbang sebenarnya disebabkan tempoh kandungan telah cukup dan bila-bila masa sahaja boleh bersalin,” katanya.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source