Muslim Care Malaysia ke Mesir, sampaikan bantuan Palestin RM412,000
PETALING JAYA – Dua exco Muslim Care Malaysia (MCM) berlepas ke Kaherah, Mesir dalam usaha memastikan bantuan kepada rakyat Palestin berjaya sampai kepada kelompok sasaran dalam masa terdekat.
Setiausaha Agung, Ahmad Safuan Ujar berkata, di Kaherah, pihaknya akan bekerjasama dengan sebuah gerakan kemanusiaan antarabangsa, ‘Miles of Smiles’ yang diketuai seorang rakyat Palestin, Dr. Essam Mustafe.
“MCM sudah beberapa kali bekerjasama dengan Dr. Essam yang memfokuskan penyampaian bantuan berkaitan perubatan kepada rakyat Palestin.
“Untuk penghantaran bantuan fasa ketiga ini MCM menyalurkan dana sebanyak RM412,000 khusus untuk bantuan perubatan termasuk pembelian sebuah ambulans,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, Ahmad Safuan dan Exco Media, Tuan Asri Tuan Hussein berlepas melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada pukul 10 pagi, hari ini.
Mengulas lanjut, kata Ahmad Safuan, segala bantuan akan digerakkan ke Gaza secepat mungkin selepas pintu sempadan Mesir-Gaza di Rafah dibuka.
“Untuk makluman, bagi dana kepada rakyat Palestin dan Syria, MCM menyalurkan 100 peratus sumbangan, tanpa mengambil kos pengurusan. Ini sudah menjadi amalan kami sejak sekian lama,” katanya.
Selain itu, Ahmad Safuan turut melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada rakyat Malaysia, agensi kerajaan dan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memberi kepercayaan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin.
Katanya, antara NGO yang berkolaborasi dengan MCM bagi sumbangan fasa ketiga ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Iman Care, Perdana Global Peace Foundation (PGPF) dan Pertubuhan Khidmat Umah (PKU).
Tambahnya, setakat ini MCM sudah menyalurkan dana sebanyak RM787,000 untuk membantu rakyat Palestin selepas konflik dengan Israel tercetus bermula 7 Oktober lalu.
“Fasa pertama membabitkan dana segera sebanyak RM100,000 dihantar pada hari ketiga perang kepada Pengerusi MCM Palestin, Ahmad Abu Ayesh di Gaza sebelum bantuan kedua sebanyak RM275,000 yang menyusul kira-kira semingga kemudian,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source