Konflik Palestin-Israel: 22 negara Arab tuntut gencatan senjata
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), NEW YORK – Sebanyak 22 negara Arab di PBB menuntut gencatan senjata dilaksanakan antara Israel dan Hamas selepas letupan dahsyat berlaku di sebuah hospital di utara Gaza yang mengorbankan lebih 500 orang, lapor portal berita The Guardian kelmarin.
Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour berkata, ahli-ahli Kumpulan Arab itu marah dengan pembunuhan beramai-ramai yang berlaku. Mereka menuntut bantuan kemanusiaan dihantar segera bagi mengelak pemindahan paksa penduduk Gaza.
Mansour berkata, objektif utama Kumpulan Arab ialah mengadakan gencatan senjata kerana menyelamatkan nyawa manusia merupakan agenda paling penting.
Rangkaian Hamas menyalahkan letupan dahsyat di Hospital Al Ahli Arab itu, tengah Gaza itu berpunca daripada serangan udara Rejim Zionis.
Kumpulan Jihad Islam juga menafikan mempunyai kaitan dengan tragedi tersebut.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres yang berada di Beijing, menyeru supaya gencatan senjata kemanusiaan segera diadakan dalam perang antara Israel dengan Hamas.
Bercakap pada forum inisiatif Infrastruktur Jalur dan Jalan China itu, beliau mengulangi apa yang disebutnya sebagai dua rayuan tentang isu kemanusiaan untuk dilaksanakan dengan segera. Beliau juga menggesa Hamas membebaskan tebusan Israel, juga dengan segera dan tanpa syarat.
Kata Guterres, akses bantuan kemanusiaan tanpa had perlu dibenarkan sebagai tindak balas kepada keperluan paling mendesak penduduk Gaza, yang majoriti terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.
“Saya menyeru gencatan senjata kemanusiaan segera untuk menyediakan masa dan ruang mencukupi bagi membantu merealisasikan dua rayuan saya dan untuk meringankan penderitaan penduduk Palestin,” kata Guterres.
Militia Hizbollah Lebanon yang disokong Iran menggesa supaya hari Rabu (semalam) dianggap sebagai ‘Hari Kemarahan’ bagi mengutuk serangan ke atas hospital tersebut menjelang ketibaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden di Israel.
“Biarlah Rabu menjadi Hari Kemarahan terhadap musuh,” kata Hizbollah dalam satu kenyataan. Hizbollah menyeru penduduk Islam dan Arab supaya turun ke jalanan serta dataran untuk menyuarakan kemarahan mereka yang meluap-luap.
Susulan gesaan itu, beratus-ratus penunjuk perasaan bergelut dengan pasukan keselamatan Lebanon di luar kedutaan AS di pinggir bandar Awkar di mana kumpulan penunjuk perasaan membaling batu dan cuba membakar bangunan, demikian menurut koresponden AFP.
Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan kumpulan penunjuk perasaan, manakala petugas paramedik merawat mereka yang terkena gas pemedih mata.
Menurut AFP, kumpulan penunjuk perasaan itu melaungkan slogan seperti ‘matilah Amerika dan ‘matilah Israel’. Beratus-ratus orang berkumpul di luar Kedutaan Perancis di Beirut sambil mengibarkan bendera Hizbollah dan membaling batu ke arah bangunan kedutaan.
Perdana Menteri Sementara Lebanon, Najib Makati turut mengumumkan semalam sebagai hari berkabung kerana memperingati mangsa yang syahid akibat serangan kejam tentera Israel termasuk serangan ke atas hospital di Gaza.
AS turut membenarkan kakitangan kurang penting dan keluarga mereka untuk meninggalkan kedutaan negara itu di Beirut kelmarin kerana keadaan keselamatan yang tidak dapat diramalkan di Lebanon akibat perang Israel-Hamas.
Dalam pada itu, tentera Israel menyatakan bahawa dalam tempoh 24 jam lalu, pihaknya telah menyerang ibu pejabat operasi, beberapa kawasan perhimpunan, roket dan kedudukan pelancar antikereta kebal serta infrastruktur pejuang Palestin.
Serangan di Gaza itu dilakukan oleh Rejim Zionis sebagai membalas bedilan lebih 5,000 roket pejuang Hamas dan penyeludupan masuk pejuangnya ke Israel yang berlaku pada Sabtu lalu.
Lebih 3,000 penduduk Palestin terkorban, manakala lebih 13,000 lagi cedera, manakala lebih 1,300 penduduk Israel terbunuh dalam perang Israel dengan Hamas. – AGENSI
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source