Kelantan FC kelab pertama di Malaysia dihalang Jabatan Pertanian
PETALING JAYA- Kelab bola sepak Liga Super, Kelantan FC menjadi kelab pertama di dunia dihalang oleh jabatan yang tiada kena mengena dengan sukan tersebut iaitu Jabatan Pertanian.
Berdasarkan hantaran di laman sosial Facebook peminat pasukan tersebut, laman latihan pasukan terbabit di padang MARDI Kota Bharu telah dihalang penggunaannya.
Punca dihalang masih tidak diketahui, namun didakwa Jabatan Pertanian telah menutup dua kali jalan ke laluan padang tersebut.
“Dalam tempoh lima bulan, dua kali pihak Jabatan Pertanian blok laluan ke padang latihan.
“Patut la dah lama tiada sebarang hantaran berkenaan latihan pemain-pemain di laman sosial rasmi pasukan Kelantan FC,” jelas hantaran tersebut.
Dalam pada itu, satu hantaran di laman sosial X Berita Bola Kelantan mendakwa sebelum menjadi masalah lebih teruk, pemilik pasukan tersebut yang dikenali sebagai Zamsaham perlu melepaskan pasukan itu.
“Kalau dah tahap kena tukar tempat latihan sebab jalan masuk ke padang latihan disekat pemilik padang ni dah kes luar biasa dah.
“Kalau tidak mampu, lepaskanlah sebelum barah menjadi lebih parah,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source