Tang Jie-Ee Wei harus manfaatkan kelebihan fizikal
BEREGU campuran profesional kebangsaan, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei memanfaatkan kelebihan dari segi fizikal bagi melayakkan diri ke pusingan suku akhir kejohanan badminton Jepun Masters di Kumamoto.
Pada aksi di Gimnasium Kumamoto itu, Tang Jie-Ee Wei dipaksa bermandi peluh sebelum menang 16-21, 21-13, 21-13 ke atas rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai.
Jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto mengakui lega kerana anak-anak buahnya memulakan aksi agak perlahan sehingga akur tewas pada set pertama.
Namun, beregu No. 10 dunia itu kembali memperkemaskan permainan pada dua set berikutnya dan meningkatkan tempo permainan sehingga memberi kesukaran kepada Soon Huat-Shevon untuk beraksi.
“Set pertama mereka bermain mengikut rentak lawan sehingga menyebabkan mereka sukar mengawal gelanggang. Selain itu, rancangan itu turut menyaksikan mereka agak ragu-ragu di dalam gelanggang.
“Memasuki set kedua, mereka mula mengeluarkan permainan sendiri dan tidak mengikut rentak pemain lawan. Dari situ baru saya nampak mereka bermain laju dan lebih banyak melakukan serangan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Pengendali dari Indonesia itu turut mengharapkan Tang Jie-Ee Wei supaya tidak ‘menyimpan’ kelebihan fizikal yang ada kerana menganggap ia mampu membantu mereka mencatat kemenangan dalam setiap perlawanan.
“Mungkin mereka tidak ada banyak strategi tetapi jangan ragu-ragu dalam gelanggang kerana mereka masih muda dan ada kelebihan fizikal.
Mereka kurang yakin apabila jumpa pemain yang sukar untuk dibaca,” ujar Nova.
Pada aksi suku akhir yang dijadualkan berlangsung hari ini, Tang Jie-Ee Wei dijangka berdepan cabaran sukar apabila bakal membuat perhitungan dengan beregu No. 1 dunia dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source