Khawla kena faham apa ibu bapanya buat demi dia – Ernie Zakri
KUALA LUMPUR : Penyanyi, Ernie Zakri, 31, mengakui tidak tersinggung seandainya ada pihak tertanya-tanya mengapa dia dan suami, Syamel, kelihatan tidak janggal sering membawa puteri sulung mereka, Nur Khawla Soleha,1,menghadiri acara hiburan dan menyanyi.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, kata Ernie, sebagai ibu dan bapa, dia dan Syamel berpandangan Khawla meskipun masih kecil harus ditanam keterbiasaan untuk tahu bahawa menyanyi adalah kerjaya kedua orang tuanya.
“Saya rasa perlu untuk anak saya memahami kerja ibu dan bapanya. Dia kena faham supaya di rumah bila ibu bapanya tiada, itu kerana mereka sedang bekerja.
“Dia kena faham apa yang ibu bapanya buat demi dia. Dia akan belajar dari kecil mungkin sedikit sebanyak daripada apa yang kami berdua lakukan.
“Mana tahu jika Khawla minat menyanyi? Saya pun nak tengok minatnya ke arah mana. Sebagai ibu, saya nak terokai lebih lagi tentang minat Khawla,”katanya.
Selain itu, menurut Ernie, dia dan Syamel sama-sama saling berkorban waktu demi menjaga dan memberi perhatian penuh kepada anak perempuan kesayangan mereka itu.
“Alhamdulillah, sebenarnya kami berdua sangat bersyukur kerana Allah SWT kurniakan kami anak yang mudah diurus. Kebetulan, kami pun sama-sama ada waktu yang cantik untuk menjaga Khawla.
“Sekarang ini pun, Syamel banyak habiskan waktu di studio sebab dia terlibat banyak dalam penulisan lagu. Saya pun ada masa untuk Khawla jika tidak terlalu sibuk.
“Khawla pun sekarang dalam fasa sangat-sangat akrab dan susah nak berenggang dengan saya. Jadi memang tumpuan kita berikan penuh padanya. Itu jua sebab saya kena bawa dia kemana-mana,”katanya.
Sementara itu, berkongsi mengenai penghasilan album Aura, kata Ernie, dia tidak menganggap album tersebut sekadar perlu ada atau dihasilkan dalam keadaan tergesa-gesa.
Baginya, tempoh tiga bulan menyiapkan album Aura adalah masa terbaik di samping bersyukur kerana segala urusan telah dipermudahkan Allah SWT.
“Setahun dah rancang nak buat album itu. Alhamdulillah, segala urusan penghasilan album ini dipermudahkan-Nya. Ada orang tanya jika saya siapkan album ini sebab nak sasarkan pencalonan dalam Anugerah Industri Muzik ( AIM).
“Bagi saya, mengapa tidak? AIM merupakan satu anugerah yang mana setiap penyanyi dan penulis lagu idam-idamkan. Buat album untuk apa betul tak?
“Jadi bagi saya penghargaan itu perlu untuk semua pengkarya-pengkarya. Menerusi AIM misalnya, ia dapat menaikkan semangat golongan pengkarya ini untuk terus memberikan yang terbaik buat industri muzik kita,”katanya.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source