Penganjur konsert Coldplay beri jaminan patuh undang-undang Malaysia
PUTRAJAYA – Penganjur konsert Coldplay memberi jaminan bahawa kumpulan itu akan mematuhi perkara digariskan dalam Garis Panduan PUSPAL (GPP) serta peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia.
Kementerian Komunikasi dan Digital dalam satu kenyataan akhbar berkata, jaminan itu diberikan selepas pihaknya melalui Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-PUSPAL) meluluskan permohonan persembahan konsert itu.
“Berhubung dengan perkara diutarakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan penganjuran konsert tersebut, ia hanyalah berupa pandangan dan bukannya fatwa.
“Sehubungan itu, Konsert “Coldplay: Music of the Spheres World Tour” akan diteruskan pada hari ini di Stadium Nasional Bukit Jalil,” katanya tadi.
Terdahulu, penganjuran konsert Coldplay di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam ini terus hangat diperkatakan selepas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah menggesa penganjur membatalkan konsert itu ekoran disifatkan tidak mendatangkan manfaat kepada negara.
Menurutnya, band asal United Kingdom yang menyokong kumpulan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) itu jelas bertentangan dengan nilai murni serta budaya Malaysia.
“Kami menyarankan penganjur agar tidak meneruskan program ini dan menasihatkan masyarakat tidak memberi sokongan yang jelas bertentangan dengan nilai-nilai murni serta budaya masyarakat negara ini,” katanya menerusi siaran akhbar dikeluarkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan baru-baru ini.
Bagaimanapun, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menjelaskan suiz pemati (kill switch) akan digunakan semasa konsert kumpulan Coldplay malam ini.
Fahmi berkata, perkara itu telah dibincangkan bersama Agensi Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) serta penganjur konsert itu.
“Perbincangan dengan PUSPAL dan penganjur adalah positif. Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) juga berkata bahawa kumpulan itu sangat menyokong Palestin.
“Kami positif dengan penganjuran konsert itu hari ini,” katanya.
Suis pemati berfungsi untuk menghentikan secara tiba-tiba sesuatu penganjuran konsert yang melanggar garis panduan ditetapkan. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source