Najib tidak terlibat kes Altantuya, nafi ‘tutup mulut’ Sirul Azhar
PETALING JAYA – Wakil guaman Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Shafee & Co menegaskan bahawa anak guamnya secara konklusif dikecualikan daripada kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Shafee & Co bertindak mengeluarkan kenyataan terbabit bertujuan bagi menjawab dakwaan yang dibangkitkan oleh Sirul Azhar Umar dalam temu bual 101 East Al Jazeera baru-baru ini.
“Anak guam kami (Najib) secara konklusif dikecualikan daripada sebarang penglibatan dalam kes dan ia disahkan oleh pihak berkuasa termasuk siasatan dimulakan semula selepas Pilihan Raya Umum (PRU14) pada tahun 2018.
“Pengesahan semula oleh Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan akhirnya melalui rayuan substantif di Mahkamah Persekutuan yang dibicarakan secara menyeluruh atas meritnya,”ujarnya.
Sehubungan itu, katanya, bekas anggota polis, Azilah Hadri pernah mencipta naratif berkait anak guam namun Mahkamah Persekutuan pada tahun 2020, beranggapan dakwaan itu tidak mempunyai bahan dalam kedua-dua prosedur mahupun merit.
Dalam pada itu, katanya, Najib telah berulang kali berkata beliau tidak pernah bertemu atau mengenali Altantuya.
“Ini adalah bagi melindungi anak guam kami selepas Sirul mendakwa ada ‘campur tangan’ dalam kes pembunuhan itu. Ia naratif berbeza dengan Azilah yang mana mengukuhkan lagi pendirian tidak konsisten antara kedua-dua individu terbabit.
“Najib menafikan sebarang dakwaan mempengaruhi atau ‘menutup mulut’ Sirul malah beliau menggesa Sirul supaya berani mendedahkan apa-apa maklumat mengenai ‘dalang’ demi kepentingan membongkar kebenaran, ketelusan dan keadilan,”katanya.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, Sirul juga memberi peluang untuk Sirul membela diri selaras dengan undang-undang Malaysia dan Perlembagaan.
Dakwaan Sirul dalam temu bual baru-baru ini, tidak pernah dibangkitkan di mana-mana mahkamah, dari Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan dan akhirnya ke Mahkamah Persekutuan.
“Berikutan Sirul berdepan dengan hukuman mati, Najib menyatakan bahawa Sirul sepatutnya membangkitkan dakwaan itu di mahkamah.
“Sirul dan Azilah tidak ditetapkan sebagai pengawal peribadi khusus Najib akan tetapi mereka adalah kumpulan pengawal peribadi yang digilir ketika pucuk pimpinan dalam Kabinet ketika itu.
“Malah, kedua-duanya ditahan buat kali pertama selepas mereka tiba di lapangan terbang dari United Kingdom selepas menjalankan tugas melindungi Perdana Menteri terdahulu, Tun Abdullah Ahmad Badawi,”ujarnya.
Justeru, Najib meminta kerajaan untuk bekerjasama dengan Australia agar ekstradisi Sirul ke Malaysia dapat dilakukan seterusnya menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kes itu.
“Najib juga menggesa kerajaan mempertimbang tawaran jaminan terhadap pelaksanaan hukuman mati untuk memudahkan objektif kebenaran dan keadilan yang lebih luas,” katanya lagi. -KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source