KPM luncur Dasar Pendidikan Digital lahirkan murid fasih teknologi
BANGI – Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini melancarkan Dasar Pendidikan Digital (DPD) yang merupakan satu komitmen kerajaan dalam menggalakkan penggunaan teknologi secara bersepadu, kreatif, inovatif, bertanggungjawab dan beretika dalam kalangan pelajar.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, dasar yang terdiri daripada empat objektif, enam teras, 18 strategi dan 41 inisiatif tersebut bermatlamat untuk melahirkan generasi fasih digital yang berdaya saing.
“Dasar ini bukan sahaja bertujuan untuk melahirkan murid yang pandai menggunakan teknologi, ia juga mengambil kira beberapa aspek lain seperti kompetensi guru dan pentadbir, infrostruktur dan infrastruktur serta penekanan dalam sisi manusiawi.
“Secara keseluruhannya, dasar ini dapat dilaksanakan dengan baik, apatah lagi ketika ini kita menuju kepada kurikulum baharu pendidikan masa depan dan penguasaan digital yang membolehkan kita melonjakkan lagi pendidikan, khususnya mutu pendidikan Malaysia di mata dunia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Peluncuran Dasar Pendidikan Digital (DPD) di Pusat Konvensyen Bangi Avenue (BACC), Bangi, di sini hari ini.
Tambah Fadhlina, segala cabaran berkenaan perlaksanaan DPD telah diperhalusi, terutamanya dari segi ketiadaan peranti dan juga kebolehcapaian internet di sekolah-sekolah.
“Semua cabaran dan kekangan untuk melaksanakan DPD telah diambil kira. Sebab itulah, perlaksanaan dasar ini penting kerana KPM cuba mengatasi segala isu yang menjadi masalah utama perlaksanaannya.
“Semua sekolah KPM mempunyai internet, tetapi terhad di beberapa kawasan contohnya Sabah dan Sarawak.
“Bagaimanapun, dasar ini membolehkan para guru dan pelajar dapat mengakses pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) walaupun ketika ketiadaan internet,” katanya.
Dari segi kompetensi digital guru, Fadhlina berkata, KPM telah melakukan unjuran dan menyasarkan guru-guru bakal mencapai tahap mahir dalam mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) pada tahun 2025.
“KPM sedang mengadakan siri latihan kompetensi sepanjang tahun untuk memastikan para guru boleh diangkat dari pada tahap asas, ke tahap pertengahan atau jauhari pada masa akan datang.
“Mungkin mereka ini disebut sebagai cabaran, namun kita akan bantu guru-guru ini supaya lebih mahir pada masa akan datang,” katanya.
Dalam perkembangan lain, KPM menyokong penuh modul penilaian baharu yang diasaskan oleh negeri Sarawak bagi membuat penaksiran kepada pelajar negeri tersebut yang berada di tahun 6.
Menurut Fadhlina, modul yang dijalankan disambut baik oleh KPM asalkan perincian berkenaan pentaksiran tersebut tidak bertentangan dengan perkara yang termaktub dalam Dasar Pendidikan Negara (DPN).
“Jika Sarawak (modul pentaksiran) masih lagi dalam dasar pentaksiran ini, saya rasa dia tidak akan lari dari dasar sedia ada dan kita sedia membantu untuk memperkukuhkan pentaksiran di Sarawak,” katanya. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source