TNB mengatur jejak di COP28, perkukuh komitmen
PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperkukuh komitmen untuk mengembangkan landskap peralihan tenaganya merentasi rantau yang lebih luas melalui penyertaan di Sidang Kemuncak Iklim (COP28), di Dubai mulai 30 November hingga 12 Disember 2023.
Menurut TNB, kira-kira 40,000 perwakilan dijangka menghadiri COP28 di bawah Konvensyen Rangka Kerja mengenai Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.
Jelasnya, TNB adalah antara tonggak utama dalam ruang pameran (pavilion) Malaysia dengan menyumbang kepakaran kepada wacana penting mengenai peralihan tenaga yang bertanggungjawab.
Justeru, TNB berbangga menyertai kontinjen 200 delegasi Malaysia di COP28, di bawah naungan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Ir. Baharin Din berkata, komitmen TNB terhadap COP28 sejajar dengan objektif strategiknya untuk mengukuhkan peranan dalam memacu peralihan tenaga di Malaysia dan rantau yang lebih luas.
“Penyertaan dalam COP28 meningkatkan peranan TNB sebagai pemangkin utama perubahan, menonjolkan potensi pertumbuhan ketara dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) dan meletakkan kami sebagai peneraju dalam menyokong peralihan tenaga global (ET) dengan mempromosikan kemampanan dan masa depan yang lebih hijau,” katanya.
Beliau berkata, TNB menjana tenaga masa depan dengan melabur dalam tenaga boleh baharu (TBB), mendakap teknologi pintar untuk kecekapan dan memperjuangkan penyelesaian baru tenaga mampan.
TNB berhasrat menggunakan peluang di COP28 untuk membentuk perkongsian strategik dalam penyelesaian cekap tenaga, meneroka kerjasama TBB, teknologi hijau serta kewangan dalam memupuk sinergi bagi pertumbuhan TNB dan menyokong peralihan tenaga global.
TNB merancang untuk menerajui inisiatif brown to green (tenaga fosil ke tenaga hijau) dan memasuki pasaran baharu, memanfaatkan kedudukannya dalam industri untuk inovasi dan kemampanan.
Dengan Malaysia memberi tumpuan kepada ET dan pengurangan pelepasan gas rumah hijau (GHG) pada COP28, Baharin berkata, penyertaan TNB dalam persidangan global itu akan menekankan keperluan mendesak peralihan tenaga.
“Krisis tenaga baru-baru ini menekankan pergantungan tenaga negara perlu beralih kepada TBB. TNB menjanjikan pelepasan Sifar Bersih menjelang 2050 dengan menyasarkan pengurangan 35 peratus intensiti pelepasan dan 50 peratus penggunaan arang batu menjelang 2035.
“Kami merancang untuk meningkatkan kecekapan loji termal dan mengembangkan portfolio TBB dengan sasaran 8,300MW menjelang 2025,” katanya. – UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source