DUN Perak: Lebih 2,000 unit rumah tidak terjual
IPOH: Kerajaan Perak meminta pemaju hartanah lebih berhati-hati untuk melaksanakan projek perumahan memandangkan 2,312 unit rumah di negeri ini tidak terjual pada tahun 2022.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Sandrea Ng Shy Ching berkata, data daripada Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) menunjukkan rumah tidak terjual itu kebanyakknya dijual dalam lingkungan RM200,000 ke atas.
Tambahnya, laporan juga menunjukkan kediaman jenis apartmen merupakan penyumbang tertinggi dalam data rumah tidak terjual iaitu sebanyak 1,203 unit atau 52.03 peratus.
“Data ini jelas menunjukkan bahawa rumah yang tidak terjual di dalam Negeri Perak merupakan rumah yang dijual dengan harga yang di luar kemampuan serta tidak memenuhi permintaan pembeli di dalam lokaliti projek berkenaan,” katanya.
Beliau menjawab soalan Chaw Kam Foon (DAP-Menglembu) tentang rumah tidak dijual dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.
Sandrea berkata, antara langkah bagi mengatasi masalah tersebut ialah pelaksanaan Dasar Perumahan Negeri Perak dengan pembangunan melebihi 20 ekar adalah diwajibkan untuk membina 40 peratus rumah mampu milik merangkumi Rumah Perakku I, Rumah Perakku II dan Rumah Perakku III.
Katanya, kerajaan negeri turut memberi insentif kepada pemaju untuk menggalakkan pembangunan Rumah Perakku iaitu pengurangan caj pemajuan dan caj premium, bertujuan pengeluaran hak milik bagi Rumah Perakku I dan Rumah Perakku II.
“Pihak Pemaju untuk lebih berhati-hati dalam menyusun strategi dan melaksanakan kajian pasaran dan permintaan berdasarkan lokaliti setempat sebelum memulakan apa-apa projek,” katanya.
Tambah Sandrea, bagi tahun 2023 sebanyak 356 rumah mampu milik disiapkan dan sebanyak 1,929 unit rumah kategori itu siap dibina di Perak pada tahun depan. – UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source