Genset TNB rosak punca CIQ Tambak Johor bergelap
PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan kejadian bekalan elektrik terputus di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Johor Bahru adalah berpunca daripada kerosakan pada sebuah genset (set generator).
Menerusi satu kenyataan TNB berkata, kerosakan tersebut adalah kejadian berulang dan alat berkenaan digunakan untuk memberi bekalan sementara elektrik di bangunan CIQ.
Ini kerana katanya, TNB telah melaksanakan kerja-kerja hentitugas bernotis bagi senggaraan berjadual pepasangan di Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Gerbang Perdana 33/11kV, Johor Bahru bermula pada pukul 8 malam semalam sehingga awal pagi tadi.
“Ketika kerja-kerja dilaksanakan, bekalan elektrik sementara dibekalkan melalui 10 buah genset milik Bangunan Sultan Iskandar supaya tiada sebarang gangguan bekalan dalam tempoh tersebut.
“Siasatan mendapati berlaku kerosakan berulang pada sebuah daripada genset berkenaan yang digunakan untuk memberi bekalan sementara dan telah mengakibatkan gangguan bekalan di premis bangunan CIQ,”katanya.
Bagaimanapun kata TNB, bekalan elektrik telah dipulihkan sepenuhnya pada jam 9.13 pagi tadi.
Pada masa sama katanya, TNB mengambil maklum dengan cadangan Kerajaan Negeri Johor supaya mempertimbangkan
sumber alternatif bagi mengukuhkan lagi sistem bekalan elektrik ke kompleks CIQ seperti disuarakan oleh Exco Kerja Raya, Pengangkutan & Infrastruktur Negeri Johor, Mohamad Fazli Mohammad Salleh.
“TNB juga bekerjasama rapat dengan pengurusan BSI bagi memastikan keterjaminan dan kestabilan bekalan ke kompleks berkenaan dan persekitarannya,” katanya. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source