“Kalau Esok Allah Soal, Dah Beri 3.4 juta Pengikut, Takkan Nak Ajak Bersenam Saja?”
Pelakon Alif Satar berkata dia tidak sangka kempen #GengSubuhMacamJumaat mendapat sambutan banyak pihak termasuk pihak universiti.
Memetik Harian Metro, Alif berkata dia memulakan kempen tersebut sebagai galakan kepada orang ramai selepas mendengar kata-kata seorang ustaz dalam satu kelas agama dihadirinya.
BACA: Alif Satar Dipuji Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid
“Kalau solat Subuh berjemaah pun susah nak buat, jangan sembang pasal nak lawan Zionis. Saya pergi ke kelas agama, kemudian ada orang bertanya kepada ustaz yang mengajar, bagaimana kita nak menang (melawan Zionis).
“Kemudian, ustaz itu bertanya, ‘kau pergi solat Subuh tak?’ Orang itu cakap, tidak sebab takut mengantuk. Ustaz itu cakap, kalau mengantuk pun takut, nak sembang pasal lawan Zionis? Kena betulkan yang itu dulu.
“Ada hadis Rasulullah SAW mengatakan, sungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik ialah solat Isyak dan Subuh. Jika mereka mengetahui pahala yang terdapat pada keduanya nescaya mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak. Terus, saya rasa ‘tertembak’,” katanya.
Sementara itu, Alif mengakui agak mencabar untuk kekal istiqamah namun dia perlu melakukan untuk dirinya sendiri. Tambahnya lagi, buat masa ini dia menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid kawasan tempat tinggalnya selain turut merancang untuk pergi ke masjid-masjid lain dan mengajak orang ramai.
“Nak istiqomah itu yang agak mencabar. Tapi, kita kena buat untuk diri kita sendiri. Alhamdulillah, saya dapat sokongan juga daripada komuniti di masjid. Malah, ada rakan-rakan artis lain juga yang ingin turut serta.
“Selalunya, satu saf saja, sekarang dah jadi dua saf. Ada peningkatan. Ada sekali di hujung minggu saya ajak orang-orang yang turut serta untuk berjumpa di masjid.
“Selepas itu, orang di masjid maklumkan, malam sebelum itu pun dah ada orang yang tidur di masjid menunggu waktu Subuh,” katanya.
Dalam pada itu, Alif berkata dia akan terus menggunakan media sosialnya ke arah kebaikan dan takut jika disoal oleh Allah kelak.
“Kadang-kadang, kita diberikan pengikut, dan disertakan dengan tanggungjawab. Saya pun takut, kalau esok Allah nak soal, dia dah berikan 3.4 juta pengikut sekadar untuk ajak bersenam saja?” katanya.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js?v=next’);
window.fbAsyncInit = function() {
FB.init({
appId : ‘271636379888218’,
xfbml : true,
version : ‘v3.2’
});
FB.AppEvents.logPageView();
};
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, “script”, “facebook-jssdk”));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source