Jumpa di Jepun, Raisa undang Meerqeen ke Bali
PETALING JAYA – Penyanyi Indonesia, Raisa mendedahkan pertemuan pertama dengan aktor Meerqeen di Jepun mencetuskan hasrat melamar aktor itu menjayakan pembikinan video muzik single terbaharunya, Tak Berharap Lagi.
Menurut Raisa, pemilihan tersebut dibuat kerana dia mahukan kelainan dengan mengundang selebriti dari Malaysia untuk video muzik yang juga kolaborasi sulung bersama pelakon terkenal itu.
“Sebetulnya saya pernah bertemu dengan Meerqeen di acara sebuah jenama di Jepun dan kami berbual-bual santai.
“Selepas pulang, saya masih memikirkan siapa yang bakal menjayakan video muzik Tak Berharap Lagi kerana sebelum ini saya kerap bekerja dengan ramai artis Indonesia.
“Ketika itulah saya teringat Meerqeen dan terus mengirimkan mesej kepadanya secara peribadi, disusuli perbincangan lanjut antara pengurusan saya dan Meerqeen sehingga kerjasama ini direalisasikan,” katanya.
Menurut pemilik nama sebenar Raisa Andriana, 33, itu, semua urusan berlangsung dengan pantas sekali gus membolehkan Meerqeen terbang ke Bali untuk penggambaran beberapa minggu kemudian.
“Alhamdulillah, semuanya lancar dan penggambaran disempurnakan dalam separuh hari sahaja,” ujarnya.
Single serta video muzik yang dilancarkan pada 16 Disember lalu juga adalah kerjasama pertama Raisa dengan penyanyi merangkap komposer popular, Andmesh Kamaleng.
Katanya, sebelum ini Andmesh pernah beberapa kali mahu memberikan lagu kepadanya namun keadaan ketika itu belum mengizinkan untuk berkolaborasi.
“Sebelum lahirnya Tak Berharap Lagi ini, kami memang kerap bertemu yang juga bagaikan petanda untuk kami bekerjasama.
“Perkara itu telah saya suarakan kepada Andmesh selain menyatakan sedang mencari lagu, jadi dia terus WhatsApp saya lagu ini.
“Kali pertama mendengar Tak Berharap Lagi, saya sudah tahu apa yang saya boleh lakukan untuk karya ini kerana seakan-akan membawa peminat mengimbau era lagu galau Raisa tetapi dinyanyikan dengan cara sekarang,” katanya.
Sejak Raisa berkongsi lagu itu di media sosialnya beberapa minggu lalu, peminat turut teruja malah petikannya dijadikan latar konten dalam media sosial.
Video muzik yang ditayangkan sejak Sabtu lalu meraih 308,000 tontonan di Youtube. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source