Kerajaan Terengganu pandang serius banjir termenung
MARANG: Kerajaan negeri memandang serius masalah banjir termenung yang membelenggu kira-kira 50 penduduk Kampung Rawai di sini, sehingga menyukarkan mereka menjalankan rutin harian setiap kali banjir berlaku.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Ariffin Deraman berkata, pelbagai usaha dilakukan untuk meminimumkan kesan banjir di kawasan itu sebelum bermulanya musim tengkujuh di Terengganu.
Katanya, sebelum ini pejabat ADUN Alor Limbat bekerjasama dengan pengurusan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) untuk membuka laluan air di sepanjang kawasan projek tersebut berjalan.
“Pemasangan sistem pembetung atau culvert juga dilakukan di tempat air tersekat supaya pengalirannya lebih lancar.
“Bagaimanapun, kita mengakui itu hanyalah penyelesaian jangka masa pendek yang tidak dapat mengatasi masalah ini sepenuhnya sepertimana diharapkan penduduk,” katanya ketika dihubungi semalam.
Terdahulu, akhbar ini melaporkan, penduduk di 11 rumah di Kampung Rawai menyifatkan banjir kali ini paling buruk kerana terpaksa berdepan dengan situasi banjir termenung hampir sebulan.
Lazimnya, jika banjir, air di kawasan itu naik sehingga ke paras betis di dalam rumah dan paras pinggang di halaman rumah, namun kembali surut dalam dua atau tiga hari.
Situasi kali ini bagaimanapun berbeza kerana keadaan air tidak banyak berubah yang mengganggu pergerakan mereka sejak Terengganu dilanda banjir gelombang pertama pada 20 November lepas.
Mengulas lanjut, Ariffin berkata, beliau bersama Penolong Jurutera Pejabat Daerah Marang dan kakitangan Jabatan Kerja Raya telah turun padang untuk mengenal pasti punca air termenung di kawasan itu.
“ECRL telah membuka laluan air untuk tempoh sementara di kawasan kerja yang terlibat. Pejabat ADUN Alor Limbat pula memasang culvert sepanjang 50 kaki untuk membuat sambungan longkang utama tepi jalan Kampung Rawai-Alur Limbat berhadapan Masjid Rawai.
“Dalam masa terdekat juga, wakil Pejabat Tanah, Pejabat Daerah, JKR Majlis Daerah Marang dan Jabatan Pengairan dan Saliran akan turun meninjau proses pembinaan longkang,” katanya.
Menurut beliau, senario hujan yang sangat lebat berlaku dalam tempoh singkat menjadi faktor utama menyebabkan air termenung selain kesan pembangunan di sekitar Kampung Rawai.
“Lokasi perumahan tersebut berada di kawasan terendah berbanding kawasan lain, malah kawasan sekeliling yang telah ditambak menambah lagi kesan buruk banjir termenung itu,” ujarnya. – UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source