Dua maut kereta bertembung treler di Pekan
PEKAN: Dua orang maut dalam kemalangan melibatkan pertembungan sebuah Perodua Kancil dengan treler di Jalan Sungai Miang, dekat sini, malam ini.
Berdasarkan maklumat daripada Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Pahang, pasukan itu menerima panggilan mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 8.22 malam.
“Tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Nenasi dan Pekan bersama 16 pegawai dan anggota terbabit dalam operasi itu.
“Hasil siasatan awal, pemandu dan penumpang kereta jenis Perodua Kancil tersebut dipercayai dalam perjalanan dari arah Nenasi menghala ke bandar Pekan, manakala treler itu pula dari arah bertentangan.
“Akibat pertembungan kedua-dua kenderaan itu, pemandu kereta Kancil yang merupakan seorang lelaki, tercampak keluar dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Penumpang kereta pula merupakan seorang wanita dipercayai terperangkap dalam kereta Kancil yang terbakar dan turut meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.
Sementara itu, katanya, pasukan bomba melakukan operasi memadam kebakaran kenderaan terlibat menggunakan aliran hos daripada pam air jentera.
Kedua-dua mangsa yang maut telah diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut. – UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source