Dua maut Kancil bertembung treler
PEKAN – Seorang lelaki dan seorang wanita maut selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kampung Sungai Miang, di sini, hari ini.
Dalam kemalangan yang dilaporkan pukul 8.22 malam itu, kedua-dua mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Kancil disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Difahamkan mangsa lelaki meninggal dunia selepas tercampak dari kereta manakala mangsa wanita dipercayai maut akibat rentung susulan kereta dinaiki terbakar selepas perlanggaran terbabit.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, seramai 14 anggota termasuk dua pegawai bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan lokasi untuk operasi menyelamat.
“Kereta dinaiki mangsa dipercayai dari arah Nenasi menghala ke Pekan manakala treler pula dari arah Pekan menghala ke Nenasi.
“Anggota bomba membuat pemadaman menggunakan satu aliran hose reel air pam jentera bomba. Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source