“Berebut Anak Dengan Bekas Bini Padahal Kau Yang Curang” – Individu Dakwa Fizi Ali Nak Tunjuk ‘Terpaling Bapak’, Dulu Tak Heran Dengan Anak?
Sedang hantar diperkatakan tentang isu kemelut yang berlaku di antara pelakon Shakilla Khoriri dan Fizi Ali membabitkan anak perempuan mereka, Ameena Sofea.
Malah, timbul dakwaan bahawa Shakilla tidak membenarkan Fizi berjumpa Ameena disebabkan isteri barunya memelihara kucing dan anak mereka pula alah pada haiwan itu.
Dalam pada itu, menerusi Instagram story pula Fizi Ali ada berkongsi semula kenyataan daripada seorang individu yang mengulas tentang ‘perebutan’ anak di antaranya dan Shakilla.
Individu terbabit menuduhnya mahu menunjuk-nunjuk kononnya dia bapa yang baik walhal sebelum ini tidak hairankan langsung anak tersebut.
Lebih mengejutkan, individu berkenaan turut mendakwap Fizi Ali menduakan Shakilla Khoriri ketika mereka masih berstatus suami isteri.
Masa kau jadi bapak dia dulu sikit kau tak heran, now bila dah berpisah kononnya terpaling bapak. Siap berebut anak dengan bekas bini padahal kau yang curang.
Penyampai radio itu tidak berdiam diri dan berkata fitnah dilemparkan individu terbabit sememangnya berat namun tidak mengulas lebih lanjut.
Terdahulu, Fizi Ali memaklumkan dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap isu membabitkan anaknya itu dan berharap agar Shakilla memberikan kerjasama dan hadir ke mahkamah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source