Polis digesa siasat segera dalang Langkah Dubai
PUTRAJAYA: Pihak berkuasa digesa menyiasat segera dalang disebalik ‘Langkah Dubai‘.
Menurut Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pihaknya membuat laporan polis supaya siasatan terperinci dilakukan kerana ia menimbulkan keresahan dan mencetuskan ketidaktenteraman rakyat.
“Sebab itu saya ambil pendirian hari ini untuk buat laporan supaya siasatan boleh dilakukan kerana selama ini kita (kerajaan) berdiam.
“Apabila nampaknya gerakan ini sudah menguasai sosial media dan persepsi rakyat, saya fikir ia perlu ditamatkan segera dan laporan polis perlu dibuat.
“Saya harap selepas ini dengan puluhan laporan polis dibuat, tentunya satu menjadi keprihatinan dan saya yakin polis akan ambil tindakan tegas,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, hari ini.
Katanya, beliau dimaklumkan 12 laporan polis berhubung perkara sama turut dibuat serentak di 12 negeri petang ini.
Shamsul Iskandar berkata, beliau yakin lebih banyak lagi laporan polis dibuat bagi memastikan cakap-cakap dan cerita menukar Perdana Menteri serta menggulingkan kerajaan dihentikan segera.
Ditanya individu pembangkang yang terbabit dalam gerakan itu, Shamsul Iskandar berkata, beliau tidak mendedahkan nama individu berkenaan dalam laporannya dan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat.
Ditanya pula mengenai dakwaan dibuat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kononnya Perikatan Nasional (PN) cukup akaun bersumpah (SD) untuk ambil alih kerajaan, Shamsul Iskandar berkata, beliau menyerahkan kepada polis untuk menyiasat.
“Sesiapa sahaja nampaknya begitu bebas (mengeluarkan kenyatan dan dakwaan) tanpa ada sebarang rujukan kepada undang-undang.
“Ini bukan hiburan. Ini perkara serius dan ia tentunya mesti ditamatkan untuk pastikan negara kita dapat diurus dengan baik,” katanya.
Jelasnya lagi, laporan polis ini dibuat bagi menunjukkan ketegasan kerajaan dan memberi isyarat kepada pihak diluar sana bahawa negara ini ada undang-undang, peraturan dan Perlembagaan.
Menurut Shamsul Iskandar, Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melalui pelbagai episod (gerakan tukar kerajaan) namun, ia berjaya digagalkan dengan Akta Anti Lompat Parti.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan akan menyiasat lanjut.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source