Gabriel Attal Perdana Menteri baharu Perancis
PARIS: Menteri Pendidikan Perancis, Gabriel Attal dinamakan sebagai Perdana Menteri baharu negara itu.
Pelantikan itu dibuat ketika Presiden Emmanuel Macron menyasarkan untuk `memulihkan semula’ populariti kerajaannya yang semakin tercalar.
Malah, pelantikan itu sekali gus menyaksikan Attal yang berusia 34 tahun, muncul sebagai Perdana Menteri paling muda dalam sejarah Perancis.
Beliau mengatasi rekod pemimpin Laurent Fabius yang berumur 37 tahun ketika dilantik oleh François Mitterrand pada tahun 1984.
Selain itu, Attal juga yang pertama secara terbuka mengisytiharkan dirinya sebagai gay.
Attal dilantik menggantikan Elisabeth Borne, 62, yang berundur selepas menyandang jawatan perdana menteri selama 20 bulan.
Sepanjang tempoh berkenaan, Borne dikatakan berdepan pelbagai cabaran termasuk gagal meraih majoriti di Parlimen.
Attal merupakan sekutu rapat Macron dan pernah menjadi jurucakap kerajaan ketika pandemik Covid-19.
Beliau kini mempunyai peranan besar mengetuai kerajaan Perancis dalam pilihan raya Parlimen Eropah yang akan diadakan pada Jun depan.
Dalam pada itu, Macron menerusi hantaran di media sosial mengalu-alukan kedatangan Attal dalam barisan Kabinet beliau.
“Saya tahu saya boleh mengharapkan tenaga serta komitmen anda untuk melaksanakan projek pemulihan dan penjanaan semula yang saya umumkan,” kata Macron di aplikasi X.
Sementara itu, Attal dalam satu hantaran berasingan menzahirkan ucapan terima kasih kepada Macron atas kepercayaannya terhadap dirinya.
Attal juga berjanji untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara, selain mendedahkan potensi Perancis. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source