Banjir: Penduduk perlu peka ramalan cuaca terkini – Saifuddin
KOTA TINGGI – Rakyat terutama penduduk berisiko banjir perlu lebih responsif dan peka dengan ramalan cuaca dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) supaya sentiasa berada dalam keadaan siap siaga.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, informasi diterima itu penting bagi membolehkan persediaan dibuat di peringkat awal khususnya di kawasan yang bakal berlaku banjir besar.
“Sebagai contoh difahamkan terdapat 65 hotspot banjir di Kota Tinggi, penduduk terbabit perlu bersiap siaga. Sejak 4 Januari sehingga hari ni sudah lebih seminggu banjir melanda.
“Jadi saya gesa supaya kita peka dan mengikut ramalan Jabatan Meteorologi kerana mereka ‘the most credible’ (mempunyai kredibiliti) dalam ramalan.
“Sebab itu merupakan tugas hakiki mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Kota Kecil di sini hari ini.
Dalam pada itu beliau juga memuji kecekapan polis Kota Tinggi susulan tiada sebarang laporan membabitkan pencerobohan melibatkan premis dan rumah yang terlibat banjir berikutan hasil pemantauan keselamatan dilakukan 24 jam sehari sepanjang banjir berlaku.
Saifuddin berkata, setakat ini semua aset di 13 balai polis di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi melibatkan pacuan empat roda dan bot dapat diselaraskan dengan baik dalam kerja-kerja menyelamat. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source