Tak Minat Artis, Zarina Zainoordin Akui Bercinta Dengan Duda Kaya
Pelakon dan penyanyi Zarina Zainoordin mendedahkan dia sudah 10 tahun menjalin hubungan cinta dengan ahli perniagaan berstatus duda berusia 52 tahun.
Memetik Kosmo, Zarina berkata dia selesa menjalin hubungan dengan dua anak dua itu yang disifatkan bersikap terbuka serta mempunyai kewangan kukuh.
BACA: “Tak Sangka Sampai Sekarang Saya Belum Kahwin Lagi, Umur Nak Cecah 40” – Zarina
“Kami sudah 10 tahun rapat dan dia bapa kepada dua anak yang masih belajar di sekolah menengah. Dia juga bukan dalam kalangan orang seni kerana saya memang elak bercinta dengan artis, saya pilih yang berduit.
“Dia pun tahu kenapa saya pilih dia yang tak pernah berkira, tahu-tahu duit bulanan rumah dia dah bayar,” katanya.
Usia sudah mencecah 40 tahun, Zarina bagaimanapun berkata dia tidak tergesa-gesa untuk mendirikan rumah tangga. Malah, keluarga serta saudara mara juga tidak pernah bertanya mengenai perkara itu.
“Kalau ikutkan saya memang sudah lama bersedia untuk berumah tangga iaitu sejak zaman sekolah lagi. Tapi tidaklah sampai tahap tertekan sebab sekarang masih belum berkahwin pada usia 40 tahun.
“Bahkan keluarga dan saudara mara tak pernah tanya soal jodoh, kecuali sesekali apabila balik raya terasa juga ketika dikelilingi mereka yang sudah berkahwin,” katanya.
Dalam pada itu, Zarina berkata dia yakin bahawa hasratnya untuk bergelar isteri akan menjadi kenyataan apabila tiba masanya nanti serta meminta orang ramai mendoakannya.
“Mungkin dulu saya sibuk cari rezeki untuk bantu keluarga, itu yang sampai terlajak. Manalah tahu tahun ini kahwin. Doakan saya ya.
“Kalau sampai masanya pun saya pilih bersederhana, utamakan perkara wajib dulu, baru fikir resepsi dan sebagainya,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source