“Saya Bagaikan Patah Sebelah Sayap..” – DJ Shiera Akui Senang Bekerja Dengan Tyzo, Sedih Kehilangan Sahabat Setugas
Sejak ketiadaan penyampai radio Tyzo Xander di Suria FM, rakan sekerjanya DJ Shiera menyatakan rasa kecewa dengan kehilangan rakannya itu.
Bagai sayap patah sebelah
Menurut Shiera, dia menyifatkan ketiadaan rakannya itu bagaikan patah sebelah sayap memandangkan dia sudah terbiasa bekerja dengan Tyzo sejak 2019 lalu. Dirinya turut terkenang sikap baik dan prihatin temannya itu semasa mereka bersama-sama bertugas.
Saya bagaikan patah sebelah sayap, tapi apakan daya. Bekerja dengan Tyzo sangat senang sebab dia seorang yang bijak. Ada sahaja idea, semuanya spontan dan kelakar.
Doakan kejayaan Tyzo
Tambah penyampai radio ini, dirinya hanya mampu berhasrat agar dia dan Tyzo dapat digandingkan semula di masa akan datang. Namun demikian, Shiera mendoakan agar sahabatnya itu sentiasa berjaya meskipun tidak bernaung di bawah stesen radio yang sama lagi.
Jujurnya, rasa seperti mimpi bila Tyzo tiada. Apa pun kita doa yang baik-baik buat Tyzo untuk mencapai kejayaan.
Tyzo rakan gandingan yang menyeronokkan walaupun kami hanya bekerja empat jam dalam sehari.
Terdahulu, berita tamatnya perkhidmatan Tyzo ini telah mengejutkan ramai dan disifatkan tidak wajar. Namun, bagi mengelakkan sebarang spekulasi, isu tersebut bakal diulas dalam sidang media pada Jumaat ini.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source