[VIDEO] Kereta dihempap kren pasang lampu tanglung
KUALA LUMPUR – Seorang wanita terkejut apabila keretanya dihempap sebuah kren yang sedang memasang lampu tanglung di Jalan Besar Salak Selatan, Cheras, di sini, kelmarin.
Walau bagaimanapun, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10.40 malam itu tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Ridzuan Khalid berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita berkenaan kira-kira pukul 12.06 pagi, semalam.
Ujarnya, siasatan awal mendapati sewaktu kejadian, sebuah kren hilang kawalan ketika kerja pemasangan lampu tanglung sehingga menghempap kereta jenis Honda Jazz yang berada di tepi jalan.
“Kereta tersebut mengalami kerosakan di beberapa bahagian. Tiada sebarang kemalangan jiwa ataupun kecederaan dilaporkan dalam kejadian ini.
“Kes tersebut diklasifikasikan sebagai Rujuk Lain Agensi (RLA),” katanya.
Tambah Ridzuan, sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan.
Terdahulu, tular di media sosial beberapa gambar dan video memaparkan sebuah kren kelihatan senget sebelah sehingga menghempap kenderaan awam yang lain.
Menerusi video itu juga, kelihatan lampu tanglung sedang dipasang bagi sambutan Tahun Baharu Cina yang jatuh pada 10 Februari depan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source