Lelaki saman wanita beri komen negatif dalam laman temu janji
CHICAGO: Seorang lelaki Chicago menyaman 27 wanita dengan jumlah sebanyak AS$75 juta (RM353 juta) selepas mereka menyiarkan komen negatif tentang dirinya di kumpulan temu janji Facebook.
Nikko D’Ambrosio, 32, mendakwa reputasinya tercalar selepas beberapa wanita yang mendakwa pernah berpacaran dengannya menyiarkan pengalaman negatif mereka di sebuah kumpulan Facebook peribadi yang dipanggil ‘Are We Dating the Same Guy’.
Lapor Oddity Central, berpuluh-puluh wanita menulis komen menghina, melabel D’Ambrosio sebagai terlalu manja atau clingy dan menuduhnya meninggalkan mereka selepas mendapat apa yang dia mahukan.
Berang dengan komen-komen itu, lelaki berkenaan bertindak mengemukakan saman terhadap beberapa wanita termasuk moderator kumpulan Facebook tersebut dan sebahagian daripada syarikat induk rangkaian sosial itu.
D’Ambrosio mengakui pernah keluar dengan wanita yang membuat catatan tersebut namun menafikan menjalin hubungan temu janji eksklusif dan menuduh mereka sengaja menyebarkan pembohongan untuk merosakkan reputasinya.
“D’Ambrosio difitnah dan berlaku pencerobohan privasi akibat tingkah laku defendan dan sedang menuntut pampasan. Mengikut tuntutan mahkamah, dia meminta AS$75 juta (RM353 juta).
“Defendan menyiarkan pembohongan keterlaluan, kejam dan berniat jahat tentang plaintif dengan pengetahuan bahawa kenyataan itu adalah palsu,” jelas kenyataan peguamnya.
Lelaki kacak itu turut mendakwa gambar peribadinya dikongsi di kumpulan Facebook dan menjadi sasaran begitu banyak komen negatif menyebabkan dia menerima penghinaan peribadi, penderitaan mental, tekanan emosi dan kehilangan pendapatan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source