Malaysia cipta sejarah, ikat Korea Selatan 3-3
PETALING JAYA – Skuad Harimau Malaya mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya meraih keputusan seri 3-3 ke atas Korea Selatan pada aksi terakhir Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 sebentar tadi.
Pada perlawanan di Stadium Al Janoub itu, skuad kebangsaan kendalian Kim Pan-gon mengekalkan benteng ampuh dalam kesebelasan utama terdiri daripada Dion Cools, Shahrul Saad dan Dominict Tan.
Pasukan Taeguk Warriors dilihat mendominasi sebahagian besar perlawanan dengan melakukan beberapa siri serangan menerusi pemain utama seperti Son Heung-min dan Lee Kang-in.
Gol yang dicari akhirnya tiba hasil daripada tandukan Jeong Woo-yeong pada minit ke-21 menerusi situasi sepakan penjuru.
Bersambung pada babak kedua, skuad negara memperkemaskan jentera serangan dan berjaya menyamakan kedudukan hasil ledakan menarik pemain sensasi, Faisal Halim pada minit ke-51.
Momentum tersebut diteruskan apabila tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi meletakkan Malaysia didepan menerusi sepakan penalti pada minit ke-62.
Tersentak dengan jaringan tersebut, Korea Selatan menggandakan asakan dan kembali menyamakan kedudukan hasil sepakan percuma Lee Kang-in pada minit ke-82.
Nasib Malaysia bertambah malang apabila Korea Selatan mendahului dengan kini kapten lawan, Son Heung-min meledak gol ketiga hasil sepakan penalti pada masa kecederaan.
Namun, penyerang naturalisasi negara, Romel Morales muncul wira apabila meledak gol ketiga pada masa kecederaan minit ke-115 untuk memastikan pasukan negara pulang dengan satu mata berharga.
Keputusan tersebut menyaksikan Korea Selatan kekal dengan kedudukan naib juara Kumpulan E dengan Bahrain muncul juara apabila menewaskan Jordan 1-0. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source