Datuk palsu terima rasuah RM92,500 ditahan SPRM
PETALING JAYA – Seorang pengarah syarikat pengiklanan yang menggunakan gelaran datuk palsu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak kira-kira RM92,500.
Perbuatan itu dilakukan sebagai balasan melantik sebuah syarikat untuk kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan papan iklan di salah satu daerah di Terengganu berjumlah RM2.5 juta.
Sumber memberitahu, suspek lelaki berusia lingkungan 60-an ditahan kira-kira pukul 11 pagi hari ini di kediamannya yang terletak di Batu Caves, Selangor.
Beliau berkata, seorang lagi suspek lelaki yang dipercayai menjadi orang tengah turut ditahan di sekitar Kuantan, Pahang pada hari yang sama.
“Suspek yang berusia lingkungan 60-an turut dipercayai menggunakan gelaran Datuk yang tidak diiktiraf dan melakukan kesalahan tersebut pada tahun 2020.
“Suspek ditahan kerana menerima wang rasuah yang dimasukkan ke dalam beberapa akaun bank dan syarikat suspek juga ditawarkan kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan papan iklan di seluruh negara melalui sebuah kementerian Kerajaan Persekutuan,” kata sumber tersebut.
Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009.
Beliau berkata, kedua-dua suspek akan dibawa untuk permohonan reman di Mahkamah Majistret Kemaman esok. – KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source