Pengampunan Najib: Mesyuarat khas MKT UMNO diadakan esok
PETALING JAYA – UMNO akan mengadakan mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur, esok.
Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, mesyuarat itu diadakan bagi membincangkan perkembangan mutakhir politik semasa negara susulan pengumuman pengurangan tempoh hukuman Datuk Seri Najib Razak oleh Lembaga Pengampunan.
Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata, UMNO membuat keputusan untuk menangguhkan Kolokium Kongres Ekonomi Bumiputera yang dijadualkan esok.
“Kolokium yang dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Ghani sepatutnya akan dihadiri 2,000 pimpinan UMNO dari 191 Bahagian seluruh negara.
“Serentak itu, satu mesyuarat khas MKT UMNO akan diadakan pukul 11 pagi esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kosmo! sebelum ini melaporkan Lembaga Pengampunan memutuskan untuk mengurangkan tempoh hukuman Najib sebanyak 50 peratus yang mana beliau akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.
Selain itu, denda yang perlu dibayar Najib sebanyak RM210 juta turut dikurangkan kepada RM50 juta. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source