Kisah Suami ‘Membisu’ Dengan Isteri Selama 20 Tahun, Cemburu Beri Lebih Perhatian Pada Anak-Anak
Sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula suami isteri. Biasalah kalau ada pertengkaran namun apa yang penting bagaimana kedua-duanya menyelesaikan apa jua masalah yang timbul.
Tetapi, sepasang suami isteri di Nara, Jepun ini sudah tidak bercakap mahu pun menegur sapa antara satu sama lain selama berpuluh tahun lamanya.
Suami bermasam muka, jealous dengan anak
Difahamkan, si suami, Otou Katayama bermasam muka dan hanya berkomunikasi menerusi isyarat bunyi dengan isterinya, Yumi.
Bagaimanapun, wanita itu tidak pernah pula meminta cerai sebaliknya hanya bersabar dengan kerenah suaminya selama 20 tahun.
Terungkai semuanya apabila Otou sebenarnya mengakui mencemburui masa dan perhatian yang diberikan Yumi ketika membesarkan anak-anak mereka.
Otou merasakan dirinya tidak mendapat kasih sayang yang sepatutnya daripada Yumi dan sejak itu dia hanya menggunakan isyarat seperti mengangguk atau menggeleng untuk berkomunikasi.
Anak anak minta tolong stesen TV
Meskipun hubungan dingin sebegitu, pasangan tersebut dikurniakan anak ketiga namun Otou masih terus tidak mahu bercakap dengan Yumi sedangkan mereka masih tinggal sebumbung.
Walaupun isteri sudah berusaha untuk menambat hatinya semula, Otou tetap bermasam muka sehinggalah pada 2017 di mana semuanya berubah.
Anak-anak mereka yang kini sudah menginjak dewasa tidak sanggup melihat ibu dan bapa mereka sebegitu dan meminta bantuan syarikat televisyen untuk cuba taut kembali cinta pasangan itu.
Akhirnya minta maaf, menyesal
Kisah mereka pernah tular suatu ketika dahulu dan ketika penggambaran bertempat di Taman Nara itu (tempat mereka bertemu pertama kali), Otou akhirnya bersuara dan memohon maaf kepada Yumi.
Sudah sekian lama kita tidak bercakap. Awak sangat ambil berat tentang anak-anak. Awak telah alami banyak kesusahan, saya berterima kasih untuk segala-galanya.
Lelaki itu akui menyesali perbuatannya terhadap si isteri dan berterima kasih kerana sabar serta bertahan dengannya selain tidak mengabaikan tanggungjawab.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source