“Biarlah Tindakan Tu Dalam Kewarasan..” – Aisyah Hijanah Sangkal Tuduhan Isu Rumah Tangga Hanya Untuk Tontonan Ramai
Tidak mahu spekulasi tentang perihal rumah tangganya terus menjadi bualan rakyat Malaysia, pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah tampil menafikan tuduhan segelintir pihak yang menyangka isu poligami suaminya, Alif Teega itu adalah marketing semata.
Cuba kawal emosi
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram story, Aisyah menjelaskan bahawa kemelut rumah tangganya yang sempat tular itu bukan lah dibuat-buat. Menurutnya, dia kelihatan tenang kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan ketika itu.
Apa yang berlaku bukanlah marketing. Mungkin orang lihat saya tenang sahaja dan sampai sekarang seperti biasa-biasa dan tiada apa yang berlaku.
Aisyah cuba kawal diri dan emosi supaya tidak buat benda yang bukan-bukan. Biarlah tindakan itu dalam keadaan kewarasan, bukan mengikut emosi semata-mata.
Kongsi tips
Bukan itu sahaja, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut berkongsi sedikit amalan yang diamalkan sepanjang dirinya diuji dengan masalah rumah tangga.
Salah satu tips daripada seorang kashaf yang saya jumpa, banyakkan solat sunat mutlak dan mohon kepada Allah untuk petunjuk yang baik.
Aisyah laksanakan tugas sebagai isteri dengan baik, Alif juga begitu. Alhamdulillah kami baik-baik sahaja.
Sebelum ini, Alif Teega telah mengumumkan bahawa dirinya telah pun bernikah buat kali kedua bersama isteri keduanya, Fatin. Meskipun banyak spekulasi tentang hubungan mereka di media sosial, setakat ini masih tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Aisyah mahupun Alif.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source