Samseng jalanan tular langgar kereta JPJ rupanya pencuri kereta
KUALA LANGAT – Seorang samseng jalanan yang tular melanggar tiga buah kenderaan termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum ini didapati terlibat dalam kes curi kenderaan.
Suspek berusia 20an tersebut ditahan kira-kira pukul 1.30 pagi di sekitar kawasan Kampung Kelanang, Banting di sini.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, siasatan awal mendapati suspek tersebut yang turut mengingkari arahan berhenti penguatkuasa JPJ disebabkan kereta jenis Proton Wira dipandunya itu telah tamat tempoh cukai jalan.
“Hasil siasatan mendapati suspek terlibat dalam kes curi kenderaan berdasarkan rekod cap jarinya. Suspek telah direman selama tiga hari dan permohonan sambungan reman akan dibuat esok,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang samseng jalanan diburu selepas bukan sahaja mengingkari arahan penguat kuasa, malah melanggar tiga buah kenderaan dalam kejadian di Jalan Klang-Banting di sini, Isnin lalu
Kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari itu kemudian tular dalam media sosial menerusi video berdurasi 18 saat. -KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source