Selangor makin kukuh dengan kehadiran Nooa
KUALA LUMPUR – Kehadiran bintang muda negara, Nooa Hamzah Laine ke dalam pasukan beri manfaat cukup besar buat Selangor untuk harungi kempen lebih mencabar di Liga Malaysia (Liga M) dan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL 2), musim depan.
Pengendali Red Giants, Tan Cheng Hoe merasakan pemain warisan itu sudah pun harungi proses pembangunan berkualiti di Finland dan kehadirannya boleh beri nilai tambah serta mewujudkan persaingan sihat dalam pasukan.
“Nooa sudah harungi proses perkembangan di peringkat remaja yang cukup baik di Finland. Jadi pengalamannya di Liga Finland akan jadi sesuatu yang berharga untuk dikongsikan dengan pemain muda lain yang kami ada.
“Dia mempunyai kebolehan teknikal yang baik dan memiliki ‘versatile’ yang boleh beri kelebihan kepada pasukan,” katanya.
Dalam pengumuman semalam, Laine sah menjadi rekrut terbaharu Selangor secara pinjaman selama setahun dari kelab Finland, SJK Seinajoki, dengan pilihan untuk dibeli secara tetap sekiranya pemain itu berjaya menarik perhatian Cheng Hoe.
Untuk rekod, pada tahun 2022 Laine telah menerima panggilan kebangsaan dan membantu skuad Malaysia Bawah 23 (B-23) layak ke pusingan akhir Piala Asia B23 di Qatar dimana ketika aksi kelayakan menentang Filipina dan Thailand Laine diturunkan dalam kesebelasan utama.
Aksi cemerlangnya bersama skuad B-23 kebangsaan telah berjaya menambat hati pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dan beliau akhirnya membuat penampilan sulung bersama skuad senior semasa perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Turkmenistan pada 23 Mac tahun lalu. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source