Usahawan Terkenal Rupanya Hidup Susah! Hari Hari Bank ‘Call’ Ada Hutang Keliling Pinggang, Isteri Buat Pendedahan
Seorang wanita tampil mendedahkan tentang suaminya yang juga merupakan usahawan dikenali ramai di mana lelaki itu sebenarnya mempunyai hutang keliling pinggang.
Menerusi satu grup pendedahan di Facebook, Muflis Bankrup Di Malaysia, dia meluahkan apa yang terbuku di hati tentang suaminya dengan harapan boleh mendapat sokongan moral.
Perniagaan berjaya 7 tahun lalu tapi…
Ujar wanita tersebut, bisnes dijalankan oleh suaminya itu berjaya dan mendapatkan banyak keuntungan sejak tujuh tahun lalu.
Disebabkan itu, mereka sekeluarga dapat menikmati kehidupan yang selesa dan mewah namun sejak 2 tahun yang lalu, status kewangan mereka tergugat.
Suami saya ada bisnes yang kalau disebut jenamanya pasti ramai yang tahu. Iklan kami ada di billboard lebuh raya, produk terjual beribu-ribu. Orang ingat kami hidup senang, hakikatnya semakin susah.
Sejak 2023, hutang suami tak terkawal
Tambah wanita itu, hutang suaminya semakin tidak terkawal sejak awal tahun lalu hinggakan salah satu kereta terpaksa dijual untuk menanggung bisnes yang dijalankan.
Sesen pun tak tinggal untuk back up anak isteri. Jumlah kad kredit semua dalam RM160K, belum campur hutang kawan kawan, hutang perniagaan dan pinjaman peribadi. Sejak setahun lalu, kerjanya gali lubang, tutup lubang.
Tidur tak lena, hari hari bank cari. Suami hampir putus asa
Ujarnya, disebabkan terbiasa dengan kehidupan yang senang, kini dia buntu memikirkan cara untuk menyelesaikan semua hutang tersebut.
Malah, tidur juga tidak lena setiap hari gara-gara dihubungi pihak bank dan sudah tentu hidup seharian terutamanya masa bersama anak-anak terjejas.
Bulan ni bulan peratma kami tertunggak bayar kad kredit, pinjaman bank, rumah dan kereta disebabkan masalah stok lewat sampai. Tiada stok = tiada duit.
Masalah yang dihadapi ini juga membuatkan si suami hampir putus asa namun dia akui akan cuba semampu yang boleh untuk membantu suaminya itu.
Hantaran tular dan terima kecaman
Perkongsian itu menjadi tular dan sesetengah pihak mengkritik wanita tersebut namun katanya dia tidak berniat untuk memburukkan suami.
Sebaliknya mahu mendapat sokongan moral dan mental malah turut menegaskan bahawa dia akan berada di samping suaminya tidak kira dalam apa situasi sekali pun.
Negative vibes begini saya taknak sampai suami baca. Tak bagus untuk mental. Tak sampai hati saya, suami saya orangnya sangat baik hati.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source