Saya cuba padamkan api, tapi pili bomba tiada air – Mangsa
KUALA LUMPUR – Sambutan perayaan Tahun Baharu Cina bertukar menjadi tragedi buat sebuah keluarga apabila rumah yang didiami sejak 1986 musnah dalam kebakaran di blok 70 Flat Sri Sabah, Cheras, di sini, malam tadi.
Mangsa, Loo Choon Ming, 39, berkata, dia yang tinggal bersama ibunya yang berusia 62 tahun menyedari kejadian terbabit selepas melihat asap di hadapan rumah kira-kira pukul lapan.
Meskipun berdepan detik cemas, Choon Ming sempat mencuba untuk memadamkan kebakaran dipercayai bermula dari rumah jirannya.
Bagaimanapun, usahanya bersama jiran tetangga gagal apabila pili bomba di tingkat 17 blok terbabit didakwa gagal berfungsi.
“Ketika itu saya sedang menonton televisyen dan terus bergegas memanggil jiran sebelah dan kami cuba memadamkan api selama 20 minit.
“Namun, kami gagal padamkan api kerana pili bomba tiada air dan kami terus hubungi bomba,” katanya ketika ditemui di sini.
Menurutnya, dia bersama ibu dan jiran tetangga mengambil keputusan untuk menyelamatkan diri dengan menuruni tangga ke tingkat 15 sebelum menggunakan lif untuk ke bawah.
Choon Ming, berkata, dia dan ibunya akui sedih dan kecewa berikutan rumah yang didiami selama hampir 39 tahun musnah sepenuhnya.
“Saya hanya sempat ambik telefon kerana sangat bimbang dengan keadaan ibu memandangkan dia sakit. Kami sangat sedih kerana semuanya berlaku selepas Tahun Baharu Cina,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source